Saturday 1 December 2012

Keputihan/ Whiteness Problem dan Kulat Monilia Candida









                                              Kulat Candida (nampak! macam cacing kan??)


                             Perhatikan warna putih tuu! itulah Kulat candida. . geli kann?






 Eeeeeeeeeeeeee apa tu?? Ok mari sini nak bagitahu itulah kesan2 daripada kulat yis atau dahulu dikenali sebagai MONILIA. Kebiasaan nya kulat seperti ini terjadi akibat cuaca yang panas, lembab, kawasan tidak berhawa , atau kawasan yang kebiasaanya lembab dibahagian tubuh badan kita .

Nak ilmu? Nak sihat? Jangan malu dengan entry ini.

Dimana kulat monilia / candida ini membiak??
1. Mulut

2. Kemaluan lelaki/ perempuan

3. saluran gastrosus

4. Kuku

Lelaki atau perempuan sememang nya mudah untuk mendapat jangkitan ini

i. Wanita yang mengalaminya akan berasa pedih , gatal gatal seperti ruam, bintik2 merah dibahagian sisi kiri dan kanan celahan peha berhampiran kemaluan (juga dipanggil kandidiasis vulvovaginal). ,  Ini berlaku apabila pertahanan semula jadi dalam faraj (mukus bakteria) tertentu tidak lagi mampu untuk melindungi vagina daripada jangkitan ini



ii.Lelaki adalah berisiko rendah untuk mendapat jangkitan ini.  Jangkitan yis  disebabkan oleh Candida adalah sama seperti  wanita. Belaku radangan pada  kepala zakar iaitu dipanggil Balanitis Candidal.

Apa tanda tanda dan simptom kulat monilia/ candida? 

1. Berlaku Inflamasi iaitu kulit menjadi kemerahan ( erthema) , mengelupas, kepanasan, luka- luka, benanah, radangan, bisol, bengkak.
2. Kegatalan dan imitasi dalam vagina.
3. Lelehan dari vagina - Putih, cecair lekat, nipis, pekat seperti keju, berwarna putih nasi atau kekuningan.
4. Dysuria-  ketidakselesaan dan sakit ketika kencing / pedih ketika kencing  


Siapa yang mudah dijangkiti kulat monilia dan candidia?

  • Wanita mengandung - tekanan emosi, jenis makanan
  • Bayi - maslah sistem keimunan
  • Wanita- mempunyai diabetes, mengambil antibiotik dengan kerap, lemah sistem imunisasi.
  • Lelaki- sama seperti wanita dan penggunaan kondom.
  • Orang yang menggunakan ''inhaler asthma'' atau mempunya masalah paru paru
Kesan buruk keputihan, jangkitan monilia dan candidia ?

 Satu jangkitan dalam aliran darah boleh menjejaskan 
i. buah pinggang
ii.jantung, paru-paru, 
iii. mata, atau organ-organ lain menyebabkan demam panas, menggigil, anemia, dan kadang-kadang ruam atau kejutan. 
iv.  Candida boleh menyebabkan masalah berikut bergantung kepada organ yang dijangkiti:

   a.  di dalam buah pinggang boleh menyebabkan darah dalam air kencing
    b. di dalam hati boleh menyebabkan murmurs dan kerosakan injap
    c. dalam paru-paru boleh menyebabkan kahak berdarah (mukus pelepasan)

    d.  dalam mata boleh menyebabkan kesakitan dan penglihatan kabur
    di dalam otak boleh menyebabkan sawan dan perubahan yang teruk dalam fungsi mental atau tingkah laku




Rawatan untuk keputihan?

Ubat oral / oral medication
Pesakit yang berumur 12-16 - antikulat / antifungal diberikan seperti Fluconazole atau Itraconazole.


Wanita dengan kudis dalam vulva - krim topikal  diberi seperti Clotrimazole atau Econazole.


bukan preskripsi, tablet dos OTC (over-the-caunter) di kebanyakan negara seperti Fluconazole.


Kesan sampingan - sakit perut, cirit-birit, loya, muntah, sembelit dan / atau kembung.




Ubat Intravaginal / Intravaginal medication
 
• Juga dipanggil pesari Intravaginal.


wanita hamil dan menyusukan  anak mereka diberi Clotrimazole, Econazole atau Miconazole.

 
• Adalah disyorkan untuk memasukkan pesari dengan tangan dan bukannya menggunakan

  aplikator kerana ia mungkin menyebabkan kecederaan kepada serviks.

Penggunaan aplikator boleh menyebabksn serviks cedera.

USE YOUR FINGERS!! (clotrimazole-sensitive bacteria.)
 
Boleh menyebabkan kerengsaan ringan, kondom lateks kerosakan dan gegendang (kontraseptif).




 Probiotik  Supliment (ubat semula jadi)

Juga dikenali sebagai bakteria 'mesra', probiotik terbukti menyekat pertumbuhan candida.


Contohnya Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus

   Fermentum RC-14.


Suppositories Asid yg berkenaan dgn boraks / Boric Acid Suppositories (ubat semula jadi)


Boric Acid Suppositories


Sejenis antiseptik yang lembut dan antikulat.


Terdapat di farmasi, ia biasanya mengandungi herba dan bahan-bahan semula jadi.


•Jauhi kanak - kanak dan wanita hamil


Kesan sampingan mungkin termasuk kerengsaan faraj dan membakar.


Rawatan herba untuk memerangi keputihan dan kulat candida dan monilia ??

 Daun Senduduk

  •  Ambil pucuk daun seduduk
  • Bersihkan kemudian blend kan dengan air suam kemudian tapis dan minum ( selepas blend terus minum, jangan disimpan didalam peti)
  • Minum pada waktu pagi sebelum makan
  • Inginkan keberkesanan? Minum 3 kali sehari, pagi petang dan malam
Daun sirih 
  • Basuh dan bilas daun sirih sebersih mungkin.
  • Rebuskan dengan air sehingga mendidih
  • Ambil air tersebut dan gunakan untuk membilas bahagian kemaluan. 
Tips Berguna !!
 
Pakai pakaian dalam kapas (cotton) dan  longgar,. Elakkan seluar jeans dan pantyhose

 
• Elakkan douching, sabun wangi atau gel mandi untuk membasuh kawasan faraj. Hanya menggunakan air kosong.


Elakkan menggunakan pelincir, kondom lateks dan krim spermicidal.


• Bagi pesakit kencing manis, sentiasa memantau tahap gula darah dan memastikan ia normal.

 
Bagi lelaki, berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan. Walau bagaimanapun, jika tidak bersunat, membayar perhatian yang lebih kepada kebersihan diri boleh mencegah risiko.

 
Keringkan dahulu bahagian kemaluan 
  







Sejarah Permulaan seni di Malaysia



Sejarah The Arts Council Penang And Province Wellesley

The Arts Council of Penang and Province merupakan pertubuhan seni yang bergiat aktif di Plau Pinang. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 31 Desimber 1954 dibawah ordinan persatuan tahun 1949. Ahli jawatankuasa terdiri daripada J.P Souter, James Mandy dan Tay Hooi Keat. Penglibatan pelbagai kaum dilaksanakan dalam pertubuhan ini, undang-undang dan peraturan bertulis yang lengkap. Bagi mengalak dan membina pengetahuan yang mendalam mereka melaksanakan :

i) Meningkatkan kesedaran kesenian kepada masyarakat umum.

ii) Memperbaiki kualiti rancangan kesenian.

iii) Menasihat dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan, badan kuasa tempatan

iv) Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif tersebut.

v) Melakukan pekara pekara yang tidak bercanggah dengan cita-cita dan hasrat objektif tersebut.





Persatuan ini juga medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar. Tujuan persatuan adalah untuk menarik ramai ahli pada masa akan datang dan menawarkan keistimewaan kepada setiap ahli.




Wednesday Art Group

Penglibatan guru-guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pianang telah diakui menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat dibawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter Haris merupakan selaku penyelia Seni Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dan menubuhkannya pada 1952.

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday yang muncul pada tahun yang sama mempunyai banyak persamaan.

Peter Haris telah membawa konsep baru dalam seni visual tanah air yang menekankan konsep penyataan kendiri dalam berkarya , Karya kebanyakkan nya dihasilkan dengan teknik gouche.

Pertubuhan tersebut bukan sahaja menjadi pertubuhan seni yang mengemukakan pelbagai golongan yang ingin mengendalikan aktiviti rakreasi seperti berkelah dan aktiviti luar studio.











Penulisan lmiah

Terdapat banyak penubuhan kumpulan seni di Malaysia antaranya ialah The Arts Council Penang And Province Wellesley dan The Wednesday Art Group. Perbandingan antara The Arts Council Penang And Province Wellesley (TACPAPW) dan The Wednesday Art Group (TWAG) ialah penubuhnya J.P Souter sebagai presiden dan bagi penubuhan The Wednesday Art Group ialah Peter Haris. Post impressionisme merupakan aliran bagi TACPAPW, manakala impresionisme bagi TWAG.

Teknik yang dikemukakan oleh kumpulan TACPAPW ialah bebas kerana terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam mengiatkan hasil seni, manakala kumpulan The Wednesday Art Group menggunakan aliran impressionisme dalam setiap karya yang dihasilkan. Terdapat banyak sumbangan bagi kumpulan TACPAPW iaitu bagi medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar dan mengadakan serta menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif yang dicapai, manakala The Wednesday Art Group pula ialah bagi Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah dan merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini.
Membuat Apresiasi Dan Kritikan Karya Seni Sebelum Dan Selepas Merdeka.

Apresiasi dan kritikan sebelum merdeka.

3.1 Apresiasi pertama:


Tay Hooi Keat
Fishermen Village Oil 1956

Karya ini dihasilkan olej Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki. Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya post-impresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan menimbulkan keindahan apabila memandang.

Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap. Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang dihasilkan dengan warna garang,


 3.2 Apresiasi kedua :
Chuah Thean Teng

Di Tepi Pantai 1952

Karya ini dihasilkan oleh Chuah Thean Teng pada 1952 yang bertajuk Di Tepi Pantai, Media yang digunakan adalah batik. Aliran dalam karya ini ialah kiubisme.

Tema bagi karya ini ialah pemandangan landskap kehidupan nelayan di pantai laut. Dalam karya ini prinsip seni reka yang digunakan ialah warna, warna yang digunakan dalam karya ini ialah menggunakan warna panas bagi menunjukkan kesibukkan suasana ketika itu.

Warna tersebut juga menunjukkan bahawa waktu telah senja, penggunaan lilin bagi menampakkan keretakkan adalah betujuan sebagai penarik dalam teknik garisan, ruang dalam karya ini dapat ditunjukkan pada bahagian hadapan dan bahagian belakang.



3.3 AprIsiasi ketiga

Peter Haris

Rumah Rakit Sungai Pahang 1995

Karya ini dihasilkan oleh Peter Haris pada tahun 1995 yang merupakan pengasas The Art Wednesday Group, Karya beliau menenkankan Gaya impresionisme . Tema karya ini ialah landskap pemandangan di tepi sungai. Asas seni reka yang digunakan adalah penggunaan warna manokromatik kehijauan yang dapat menimbulkan keindahan dan ketenangan dari arus permodenan yang kian tercemar. Penggunaan warna hijau jelas menunjukkan keserasian pada alam sekitar,

Ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz rumah dan pokok yang dilukis jelas menunjukkan jarak antara rumah dan pokok adalah jauh. Keindahan catan diserikan lagi dengan unsur keseimbangan, pokok yang dilukis pada sebelah kanan dan kiri menyerikan lagi pemandangan, penggunaan warna yang terang di bahagian hadapan dan gelap dibelakang menunjukkan teknik bayangan yang betul digunakan, Selain itu jalinan pada daun pokok menampakkan daun pokok sedang bergoyang ditiup angin.


4.0 Apresiasi dan kritikan seni selepas merdeka

4.1 Apresiasi Pertama

Shahril Bin Awang

Royal Belum 2009

Karya ini dihasilkan artis seni baru tanah air iaitu Shahril Bin Awang pada 2009, Tema karya ini merupakan keindahan alam semula jadi dan pemandangan alam sekitar. Karya ini mengunakan cat akrilik sebagai media dan aliran yang dihasilkan ialah aliran realisme. Penggunaan warna makarotik sangat menarik tumpuan penonton dan seolah-olah hidup.

Asas seni reka yang diaplikasikan ialah dari segi warna, penggunaan warna hijau sangat sinonim dengan tema dalam karya ini, warna-warna harmoni yang digunakan berjaya menampakkan bentuk-bentuk daun dan ranting-ranting pada pokok. Ruang yang dihasilkan ialah ruang ilusi iaitu ruang dalam, penggunaan warna gelap pada penghujung pokok berjaya menampakkan jarak dan laluan dikawasan tersebut, unsur jalinan pada pokok berjaya menunjukkan dahan-dahan pokok tersebut ditumbuhi parasite-parasit kecil.


4.2 Apresiasi Kedua

Ismail Mustam

Hang Tuah Dan Hang Jebat (1961)

Karya ini dihasilkan oleh Ismail Mustam pada 1961 yang bertajuk Hang Tuah dan Hang Jebat. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak. Dalam karya tersebut aliran yang digunakan ialah impressionisme, gaya dalam karya ini ialah berbentuk figura yang disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana pertempuran hebat dan sengit, suram dan garang. Calitan warna putih di sekeliling figura menimbulkan kesan pergerakan.

Tema karya ini ialah mengenai semangat patriotik Pahlawan Melayu iaitu diantara Hang Tuah dan Hang Jebat. Teknik yang digunakan ialah teknik campuran warna, warna-warna yang dicampurkan menghasilkan lukisan yang bermutu dan tampak hidup. Pertarungan antara Tuah dan Jebat Nampak hidup dengan adanya garisan melintang dan melengkung di sekeliling figura tersebut..

Warna-warna panas digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam lukisan, setiap sudut menampakkan ruang cetek antara figura.




4.3 Apresiasi Ketiga
Mohd Sallehuddin

Membeli Belah (1958)

Karya ini dihasilkan oleh Mohd Sallehuddin yang bertajuk Membeli Belah pada tahun 1958. Catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-ekonomi masyarakat pada masa itu. Lima karekter dalam lukisan jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaum masyarakat di Malaysia.

Catan ini menggunakan cat minyak dan aliran yang digunakan ialah realisme. Unsur seni yang jelas digunakan ialah ruang, ruang yang luas dapat ditunjukkan melalui perspektif.

Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang agak jauh daripada kedai ditunjukkan dengan melukis dengan saiz yang kecil dan kedudukan figura berbangsa india menunjukkan dia sedang bejalan menghala ke kawasan kedai tersebut. Garisan melintang digunakan untuk menghasilkan keharmonian. Warna penyejuk banyak digunakan dalam gambar ini agar dapat menampakkan keindahan dalam lukisan ini.



5.0 Bahagian B : Membuat perbandingan antara dua kumpulan atau persatuan dalam memberi sumbangan terhadap perkembangan seni visual tanah air.

5.1 Sejarah The Arts Council Penang And Province Wellesley

The Arts Council of Penang and Province merupakan pertubuhan seni yang bergiat aktif di Plau Pinang. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 31 Desimber 1954 dibawah ordinan persatuan tahun 1949. Ahli jawatankuasa terdiri daripada J.P Souter, James Mandy dan Tay Hooi Keat. Penglibatan pelbagai kaum dilaksanakan dalam pertubuhan ini, undang-undang dan peraturan bertulis yang lengkap. Bagi mengalak dan membina pengetahuan yang mendalam mereka melaksanakan :

i) Meningkatkan kesedaran kesenian kepada masyarakat umum.

ii) Memperbaiki kualiti rancangan kesenian.

iii) Menasihat dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan, badan kuasa tempatan

iv) Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif tersebut.

v) Melakukan pekara pekara yang tidak bercanggah dengan cita-cita dan hasrat objektif tersebut.

Persatuan ini juga medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar. Tujuan persatuan adalah untuk menarik ramai ahli pada masa akan datang dan menawarkan keistimewaan kepada setiap ahli.




5.2 Wednesday Art Group

Penglibatan guru-guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pianang telah diakui menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat dibawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter Haris merupakan selaku penyelia Seni Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dan menubuhkannya pada 1952.

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday yang muncul pada tahun yang sama mempunyai banyak persamaan.

Peter Haris telah membawa konsep baru dalam seni visual tanah air yang menekankan konsep penyataan kendiri dalam berkarya , Karya kebanyakkan nya dihasilkan dengan teknik gouche.

Pertubuhan tersebut bukan sahaja menjadi pertubuhan seni yang mengemukakan pelbagai golongan yang ingin mengendalikan aktiviti rakreasi seperti berkelah dan aktiviti luar studio.





4. Sumbangan

- medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar.
- Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif tersebut.
- Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah
- Merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini

5.4 Penulisan lmiah

Terdapat banyak penubuhan kumpulan seni di Malaysia antaranya ialah The Arts Council Penang And Province Wellesley dan The Wednesday Art Group. Perbandingan antara The Arts Council Penang And Province Wellesley (TACPAPW) dan The Wednesday Art Group (TWAG) ialah penubuhnya J.P Souter sebagai presiden dan bagi penubuhan The Wednesday Art Group ialah Peter Haris. Post impressionisme merupakan aliran bagi TACPAPW, manakala impresionisme bagi TWAG.

Teknik yang dikemukakan oleh kumpulan TACPAPW ialah bebas kerana terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam mengiatkan hasil seni, manakala kumpulan The Wednesday Art Group menggunakan aliran impressionisme dalam setiap karya yang dihasilkan. Terdapat banyak sumbangan bagi kumpulan TACPAPW iaitu bagi medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar dan mengadakan serta menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif yang dicapai, manakala The Wednesday Art Group pula ialah bagi Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah dan merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini.

Apresiasi Seni Prapism sem 2




Apresiasi dan Kritikan
Apresiasi merupakan penghargaan dan pengiktirafan terhadap sesuatu karya sastera atau seni menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka .  Menurut  Mohd Johari (2004) menyatakan ; Apresiasi seni ialah aktiviti seperti menonton, menghayati, atau apresiasi seni juga merupakan salah satu bidang kritikan seni. Beliau memetik tulisan Zakaria Ali (1998), bahawa penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan  sepenuhnya deria pandang dan sentuh.

Sunday 14 October 2012

5 Hadiah Hari Ulang Tahun Kelahiran Jika kekasih anda seorang Guru.





HAI!  kat sini nak bagi tips untuk anda sekiranya kekasih anda merupakan seorang Guru dan anda ingin memberikan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya.

PSSTTT :  Bagi MEREKA  yang merupakan seorang guru,  mereka lebih gemar menggunakan hadiah tersebut untuk digunakan ketika sedang bekerja ..


Jika KEKASIH  anda WANITA



#GELANG





 Gelang tangan tidak perlu terlalu mahal, cukup sekadar mengingatkannya tentang diri anda walaupun dimana si Dia sedang berada.

#JAM TANGAN




 Jam tangan perlulah mempunyai ciri-ciri elegan yang sesuai dengan kulit kekasih anda dan awas! Anda perlu tahu ciri-ciri jam tangan yang selesa dipakai oleh kekasih anda. Masa adalah sangat penting bagi seorang guru.

#KASUT





 Kaut juga boleh dijadikan hadiah kerana kasut sangat berharga untuk seorang guru dan kekasih anda pasti meyukainya. Untuk pemilihan kasut anda perlu tahu saiz yang sesuai untuk pasangan anda.

#BEG TANGAN





 Pemilihan beg tangan adalah sangat perlu teliti agar sesuai dikenakan pada hari kelas nya. Beg juga tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.


#PURSE

 

Purse atau beg duit juga adalah antara contoh hadiah yang terbaik. Anda hendaklah memilih dengan baik dan pastikan ianya tidak mudah rosak.





Jika KEKASIH  anda LELAKI

#PERFUME
 

Perfume adalah sangat penting bagi seorang guru kerana banyak melakukan aktiviti ketika disekolah. Pilihan bau hendaklah sesuai dengan keselesaan kekasih.

#TIE
 
Tali leher adalah merupakan aksesori yang penting bagi seorang guru. Tali leher yang menarik akan menambat hati tersayang.


#KASUT
 

 Kasut dapat menampilkan lagi daya tarikan menarik kepada anda maka pilihlah jenis keselesaanya.

#JAM 



Seperti guru wanita, lelaki juga memerlukan jam tangan untuk kegunaan nya sepanjang aktiviti pengajaran.

#KEMEJA

 

Kemeja adalah contoh baju yang sesuai untuk dijd=adikan hadiah kerana penggunaan baju ini adalah sangat kerap. Hati-hati memilih patern agar sesuai dipakai sewaktu kelas.

Wednesday 3 October 2012

Posing With Kak Tasha dan Camping with Syed

Nway bangga lah jugak ada senior mcm dia, Sempat pulak dia ajar aku cara pakai tudung fesyen ombak rindu nie.

 

haha mse nie kak tasha datang masa pameran yg kami buat

 

 

 

Nie budak kelas Syed Shamin.Susu, Nina, hanis and Anya

Okay tak sabar rasa nya minggu depan dah nak pegi camping and then aku harap Syed jadi leader kami n mmg dia dah team dgn aku ponn. Kalau aq yg jadi leader aq akan buli mamat nie puas2.



Harap yang terbest :)

AFTER CAMPING 







ACAP AND SYED jadi KETUA! :D

Lastly kumpulan nie dapat no 2 sahaja dr 9 kumpulan! hebat tak? :D yang paling best masa malam kebudayaan syed buat persembahan lagu im yours versi melayu :) nice!

Tuesday 2 October 2012

Button Badge Jualan Sempena Spektrum 2012

AZWIN ROSLAN , kakak angkat saya punya


Amie Nami Yumi

Button Badge Hand made ( Najmi Shubri paling menyerlah)

Aku Rindu Ayah!


Memang rasa nak nangis. Ye sekarang sedang menangis. Makin aku besar makin banyak masalah aku terima. Ya Allah indahnya ketika kau jadikan aku masa kecil - kecil dahulu. Sekarang semua nya dah berubah. Aku jadi semakin beremosi dan tertekan :(.

Aku rindu ayah. . Aku rindu sangat - sangat. Dalam berapa hari nie aku ada call ayah tapi tak berangkat angkat. Tapi petang semalam tiba - tiba aku dapat mesej dari ayah.



''Angah, ayah dah berada di Dubai sekarang., dah seminggu lebih. Jaga diri baik- baik''

Ayah, angah sangat sayang kan ayah, angah sayang sangat- sangat , angah tak nak pisah dengan ayah. :( Ayah tempat angah mengadu, ayah yang selalu kuat kan semangat angah. Sekarang ayah selalu jauh, angah jarang dapat balik rumah :'( Angah rindukan ayah. Untuk tahun nie, angah dapat jumpa ayah sekejap sahaja, berapa hari je untuk tahun nie. Raya tanpa ayah , makan tanpa ayah, gelak tawa tanpa ayah :(

Aku rindukan ayah. Aku nak ayah selalu ada disamping aku . Aku nak ayah selalu bagi kata- kata semangat untuk ku :(

Thursday 20 September 2012

BAHASA MELAYU PENGUCAPAN AWAM


1.0 PENGENALAN
Jika dahulu pengucapan awam ini dianggap sebagai satu bentuk hiburan dan ramai orang sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk mendengar ucapan pemidato-pemidato terkenal. Namun demikian, aspek tersebut dikaji sebagai suatu wadah yang berguna untuk menyampaikan sesuatu perutusan atau mesej kepada orang ramai.
Perutusan sebenarnya merupakan satu konsep yang penting untuk pengucapan awam. Perutusan ini boleh ditakrifkan sebagai suatu proses manusia menghantar dan menerima maklumat. Sebagai contoh, apabila dua manusia berkomunikasi secara lisan, mereka pastilah mendengar dan bercakap. Penghantaran dan penerimaan pelbagai maklumat ini menjadikan perutusan itu sesuatu yang dinamik dan dianggap sebagai satu proses.
Apabila kita berkomunikasi secara lisan, kita tidak hanya menerima maklumat melalui pendengaran malahan kita juga menerima maklumat melalui penglihatan terhadap gerak-geri dan tingkah laku orang lain. Maklumat kadangkala disebut mesej, iaitu sesuatu yang penyampai (perutus) mahu sampaikan kepada penerima. Dalam pengucapan awam, mesej sebenarnya ucapan.

2.0 TUGASAN 1
2.1 DEFINISI PENGUCAPAN AWAM

Dilakukan dalam situasi yang terancang.
Sebelum ini dikenali sebagai pidato umum.
Menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
 
Abdul Mua’ti Ahmad (1994) – Panduan Pengucapan Awam.
“Pengucapan umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal.”
PENGUCAPAN
AWAM
                         
Satu kaedah komunikasi secara lisan.
Tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.

2.2 CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM

Berlaku di tempat awam.
CIRI-CIRI PENGUCAPAN UMUM..
Melibatkan bilangan sasaran yang ramai.
 
CIRI-CIRI PENGUCAPAN TERBAHAGI KEPADA 2 KUMPULAN:
BAIK
ü  Berpengetahuan
·         Berpengetahuan luas.
·         Menguasai bidang
ü  Berkeyakinan
·         Yakin pada diri, persediaan dan penguasaan topik.
ü  Berkemahiran berucap
·         Berupaya untuk mengawal dan menarik perhatian audien.
ü  Peribadi / perwatakan baik
·         Penilaian audien adalah dari segi pemakaian, cara jalan ke tempat pengucapan dan gerak-geri fizikal yang lain.

TIDAK BAIK
ü  Seronok sendiri
·         Tidak berupaya menarik dan mengawal audien.
ü  Peribadi / perwatakan yang tidak baik
·         Bahasa tubuh yang digunakan tidak sesuai dengan pengucapan yang diberikan.
ü  Kurang keyakinan
·         Tidak mempunyai persediaan yang cukup.
ü  Kurang pengetahuan
·         Pengetahuan mengenai topik tersebut terbatas.



2.3 STRATEGI PENGUCAPAN AWAM
·         Antara strategi penyediaan dan persembahan pengucapan awam yang berkesan ialah:
Menyampaikan ucapan.
Mengawal gugup.
Merancang pengenalan.
Menyusun bahan.
Mengumpul bahan.
Menganalisis diri.
Berlatih.
Merancang penutup.

TUGASAN KEDUA
3.0 TEKS UCAPAN PERPADUAN
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN SEKOLAH
Terima kasih pengerusi majlis.
Yang dihormati,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok,  En Sukri Bin Deraman, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Pn NorRuda Bt Sulaiman, Guru Penolong  Kanan Kokurikulum, Pn Kamariah Bt Hj Samsuddin, guru- guru dan para  pelajar yang dihormati sekalian.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi kita bersama dalam majlis perhimpunan rasmi yang bertemakan perpaduan dikalangan para pelajar. Teks ucapan yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah bertajuk ‘ Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar’’.
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan pelajar sekolah selaras dengan Konsep 1 Malaysia.
Hadirin Dan hadirat seklalian,
Seperti yang kita sedia maklum , Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib adalah satu cara menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan sekolah dan telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang selaras dari segi penggunaab  bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Di sini dapat kita lihat bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu disekolah dapat memberi kefahaman kepada para pelajar dan tidak menimbulkan salah faham antara para pelajar.
Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik. Memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara pelajar juga adalah sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Disamping itu perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh sekolah haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pelajar.. Seseorang pelajar haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah dan sikap tidak mengambil peduli terhadap kaum lain hendaklah dihindari. Guru-guru harus sentiasa menunjukkan contoh yang baik terhadap para pelajar dan membuat aktiviti menarik di dalam kelas yang melibatkan para pelajar seperti teka teki, permainan tradisional kaum masing-masing dan pertandingan bercerita.

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini para pelajar lah yang harus ketengahkan agar lahir sebagai generasi yang mementingkan sikap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sekian itu sahaja daripada saya, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke -55.