Thursday 20 September 2012

BAHASA MELAYU PENGUCAPAN AWAM


1.0 PENGENALAN
Jika dahulu pengucapan awam ini dianggap sebagai satu bentuk hiburan dan ramai orang sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk mendengar ucapan pemidato-pemidato terkenal. Namun demikian, aspek tersebut dikaji sebagai suatu wadah yang berguna untuk menyampaikan sesuatu perutusan atau mesej kepada orang ramai.
Perutusan sebenarnya merupakan satu konsep yang penting untuk pengucapan awam. Perutusan ini boleh ditakrifkan sebagai suatu proses manusia menghantar dan menerima maklumat. Sebagai contoh, apabila dua manusia berkomunikasi secara lisan, mereka pastilah mendengar dan bercakap. Penghantaran dan penerimaan pelbagai maklumat ini menjadikan perutusan itu sesuatu yang dinamik dan dianggap sebagai satu proses.
Apabila kita berkomunikasi secara lisan, kita tidak hanya menerima maklumat melalui pendengaran malahan kita juga menerima maklumat melalui penglihatan terhadap gerak-geri dan tingkah laku orang lain. Maklumat kadangkala disebut mesej, iaitu sesuatu yang penyampai (perutus) mahu sampaikan kepada penerima. Dalam pengucapan awam, mesej sebenarnya ucapan.

2.0 TUGASAN 1
2.1 DEFINISI PENGUCAPAN AWAM

Dilakukan dalam situasi yang terancang.
Sebelum ini dikenali sebagai pidato umum.
Menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
 
Abdul Mua’ti Ahmad (1994) – Panduan Pengucapan Awam.
“Pengucapan umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal.”
PENGUCAPAN
AWAM
                         
Satu kaedah komunikasi secara lisan.
Tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.

2.2 CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM

Berlaku di tempat awam.
CIRI-CIRI PENGUCAPAN UMUM..
Melibatkan bilangan sasaran yang ramai.
 
CIRI-CIRI PENGUCAPAN TERBAHAGI KEPADA 2 KUMPULAN:
BAIK
ü  Berpengetahuan
·         Berpengetahuan luas.
·         Menguasai bidang
ü  Berkeyakinan
·         Yakin pada diri, persediaan dan penguasaan topik.
ü  Berkemahiran berucap
·         Berupaya untuk mengawal dan menarik perhatian audien.
ü  Peribadi / perwatakan baik
·         Penilaian audien adalah dari segi pemakaian, cara jalan ke tempat pengucapan dan gerak-geri fizikal yang lain.

TIDAK BAIK
ü  Seronok sendiri
·         Tidak berupaya menarik dan mengawal audien.
ü  Peribadi / perwatakan yang tidak baik
·         Bahasa tubuh yang digunakan tidak sesuai dengan pengucapan yang diberikan.
ü  Kurang keyakinan
·         Tidak mempunyai persediaan yang cukup.
ü  Kurang pengetahuan
·         Pengetahuan mengenai topik tersebut terbatas.



2.3 STRATEGI PENGUCAPAN AWAM
·         Antara strategi penyediaan dan persembahan pengucapan awam yang berkesan ialah:
Menyampaikan ucapan.
Mengawal gugup.
Merancang pengenalan.
Menyusun bahan.
Mengumpul bahan.
Menganalisis diri.
Berlatih.
Merancang penutup.

TUGASAN KEDUA
3.0 TEKS UCAPAN PERPADUAN
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN SEKOLAH
Terima kasih pengerusi majlis.
Yang dihormati,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok,  En Sukri Bin Deraman, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Pn NorRuda Bt Sulaiman, Guru Penolong  Kanan Kokurikulum, Pn Kamariah Bt Hj Samsuddin, guru- guru dan para  pelajar yang dihormati sekalian.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi kita bersama dalam majlis perhimpunan rasmi yang bertemakan perpaduan dikalangan para pelajar. Teks ucapan yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah bertajuk ‘ Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar’’.
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan pelajar sekolah selaras dengan Konsep 1 Malaysia.
Hadirin Dan hadirat seklalian,
Seperti yang kita sedia maklum , Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib adalah satu cara menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan sekolah dan telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang selaras dari segi penggunaab  bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Di sini dapat kita lihat bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu disekolah dapat memberi kefahaman kepada para pelajar dan tidak menimbulkan salah faham antara para pelajar.
Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik. Memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara pelajar juga adalah sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Disamping itu perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh sekolah haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pelajar.. Seseorang pelajar haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah dan sikap tidak mengambil peduli terhadap kaum lain hendaklah dihindari. Guru-guru harus sentiasa menunjukkan contoh yang baik terhadap para pelajar dan membuat aktiviti menarik di dalam kelas yang melibatkan para pelajar seperti teka teki, permainan tradisional kaum masing-masing dan pertandingan bercerita.

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini para pelajar lah yang harus ketengahkan agar lahir sebagai generasi yang mementingkan sikap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sekian itu sahaja daripada saya, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke -55.





BAHASA MELAYU AKADEMIK


PENGENALAN SISTEM EJAAN
1.0.        SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

            Setiap perkataan yang diungkap mahupun ditulis adalah terhasil daripada gabungan huruf-huruf atau aksara tertentu bagi membentuk perkataan yang bermakna. Proses pembentukan kata perlulah melalui kaedah sistem ejaan yang mantap sebelum terhasilnya sesuatu perkataan.

            Contohnya, dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, terdapat 26 aksara yang terdiri daripada 21 aksara konsonan dan 5 aksara vokal yang telah diguna pakai dalam tulisan Rumi bahasa Melayu.

            Walau demikian, ada juga aksara tertentu yang digabungkan dengan aksara yang lain untuk melambangkan sesuatu bunyi dan melalui penggabungan aksara-aksara ini maka wujudlah 25 bunyi konsonan serta 6 bunyi vokal.

            Hal ini kerana bilangan bunyi dalam sistem ejaan dan tulisan Rumi bahasa Melayu mempunyai bilangan bunyi yang lebih banyak daripada jumlah asal aksara yang sebenar iaitu sebanyak 26 aksara.



1.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Selepas Merdeka
            Pada tahun 1959 iaitu setelah dua tahun menjalankan kajian, diadakan perundingan dan termaktublah  perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara Republik Indonesia. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slametmuljana, yang diadakan di Jakarta pada tahun tersebut dan terhasilnya  Ejaan Malindo. Namun begitu usaha tersebut terbantut akibat  tercetusnya konfrantasi dan  disambung semula pada 1966.
            Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah pimpinan Kolonel Wahju Sukatjo mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta mengesyorkan kepada kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo (1959) itu dilaksanakan. Begitu juga dengan istilah, bahawa istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia diselaraskan. Suatu kertas kerja disediakan untuk mengemukakan sistem Ejaan Malindo tersebut. Walau bagaimanapun, sistem ejaan tersebut perlu diperbaiki lagi sebelum dilaksanakan di kedua-dua negara itu.
            Beberapa perundingan terus disusun atur yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa. Kesan dari itu, pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Hussain Onn dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut diisytiharkan secara rasmi serentak  di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Risalah “ Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia" diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk kegunaan ramai. Sistem ejaan ini masih mengandungi beberapa masalah kecil lalu dibentuk Jawatankuasa Tetap Bahasa  Malaysia  dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia. Akhirnya terbentuklah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia pada 29 Disember 1972. Segala masalah mengenai ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan majlis tersebut. Setelah lima kali bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia ini berhasil mengeluarkan  pedoman umum ejaan yang lebih lengkap iaitu “ Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia" yang diterbitkan pada 5 Disember 1974.
1..2  Pengenalan Laras Bahasa
Laras Bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Cocok atau padan dengan situasi dan konteks semasa ketika itu.
Menurut Nur Azemah Shahedan dalam Pelita Bahasa, November, 1991 - Laras bahasa merupakan suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.
Rajiee Hadi dalam Jurnal Dewan Bahasa. mei, 1994 - mengutarakan laras bahasa adalah wahana yang membuktikan kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam pelbagai bidang khusus. Laras bahasa menentukan makna leksikal sesuatu kata dan pengertian mengkhusus kepada bidang tertentu. Merangkumi pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan.
Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi dan konteks dan menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada jurusan, bidang yang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Secara umumnya laras biasa dapat dibezakan seperti laras agama, laras sukan, laras iklan, laras masakan, laras sains dan teknologi dan seumpamanya.






2.0 RENCANA AKHBAR BERITA HARIAN MEI 2012

2.1 Ulasan Rencana / Isu yang terdapat         
Tajuk : Sistem Pendidikan Perlu Dirombak
Penulis : Syed Akhbar Ali

       Pada awal Mei 2012 yang lalu, akhbar Berita Harian telah memaparkan mengenai Sistem Pendidikan Perlu Dirombak yang diulas oleh Encik Syed Akhbar Ali, dalam kenyataanya Perdana Menteri Najib Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa sistem pendidikan di Malaysia perlu dirombak sejajar dengan perubahan transformasi Negara kearah yang lebih maju. Disini kita dapat rumuskan bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan dalam pendidikan Negara agar melahirkan generasi yang cemerlang.
Untuk melahirkan generasi yang berdaya saing dan berinovasi sistem pendidikan adalah aspek utama yang perlu ditekankan bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Sistem pendidikan yang baik dan terancang sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang.
Pembelajaran yang dilaksanakan selama ini adalah berunsurkan hafalan yang hanya akan diingat oleh para pelajar ketika menghadapi peperiksaan atau menghadapi ujian. Keburukkan kaedah ini adalah membebankan para pelajar sekiranya dia lemah untuk mengingat dan jelas bahawa mereka tidak akan dapat praktikkan nya pada masa akan datang.
Menurut menteri pelajaran, Negara banyak menerima sumbangan dari kecermalangan rakyat Malaysia namun masa akan sentiasa berubah dan kita tidak seharusnya berada ditakuk lama dan masih terdapat 70 hingga 80 peratus jumlah bilangan pekerjaan negara kita masih belum wujud hal ini menyebabkan  satu perubahan pendidikan adalah pemangkin masa hadapan agar generasi akan datang dapat membuat satu perubahan dalam negara selaras dengan negara maju.
Penlancaran program I-Think adalah antara tujuan melahirkan pelajar yang sentiasa berfikir, dengan adanya pemikiran yang tinggi dapat mencapai satu jangkauan yang jauh dan berinovasi, program ini akan diperluaskan lagi kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia.
Terdapat banyak kelebihan program I-Think antaranya ialah dapat menerap proses berfikir bagi membantu murid memahami sesuatu konsep dan aplikasi konsep itu dalam menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan .
Pelaksanaan program I-Think akan diterapkan dalam pembelajaran di IPG (Institut Perguruan Malaysia)  agar bakal guru lebih terlatih dalam hal in dan dapat mempraktikkan nya dalam pembelajaran disekolah.

Program ini bagus kerana dapat membuat satu perubahan dalam sistem pendidikan disekolah, pada masa kini para pelajar dikhendaki membawa buku teks untuk setiap subjek dalam masa satu jam dan sehari lebih kurang terdapat enam hingga tujuh mata pelajaran, namun sekiranya bukuu sahaja yang dibawa tetapi tiada kefahaman yang dapat diterapkan kepada pelajar, pelajar tetap tidak akan dapat menumpukan mana-mana mata pelajaran. Sudah tiba masanya pelaksaan ini membantu meringankan pelajar dari segi fizikal.
Sekirannya tiada usaha seperti ini sekolah-sekolah diMalaysia masih lagi ditakuk lama dan membeban kan para guru sekiranya para pelajar gagal dalam ujian dan peperiksaan.
Kesimpulannya, program I-Think yang dilaksanakan di sekolah rendah dan sekolah menengah ini membantu membuat perubahan dalam sistem pendidikan Negara.


3.0 LARAS BAHASA  BERDASARKAN RENCANA
Dalam rencana ini terdapat beberapa laras bahasa yang digunakan oleh penulis. Laras ialah cara penggunaan sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa, samaada secara lisan atau tulisan.
Pertama sekali laras yang digunakan ialah laras khusus iaitu merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar antara contohnya rencana.
Laras bahasa khusus ialah penggunaan kosa kata yang digunakan adalah lebih menarik minat pembaca contohnya penggunaan perkataan  transformasi , inovasi, di rombak, adaptasi, aplikasi dan aspirasi. Penggunaan kosa kata sedemikian jelas lah menunjukkan penggunaan kosa kata yang dapat menarik minat membaca dan menambah pengetahuan pembaca dengan penggunaan kosa kata.
Laras bahasa khusus juga merangkumi penggunaan tatabahasa. Penggunaan tatabahasa yang digunakan ialah kata nama am contohnya pelajar. Kata nama khas pula ialah Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Mahyuddin Yassin. Terdapat juga penggunaan kata terbitan yang banyak dalam rencana tersebut iaitu imbuhan di awal kata meng-( mengadaptasi) ,pen- ( pendidikan), di akhir kata -ita, -man, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata pen- -an ( pendidikan), pem- -an ( pemikiran) .
Kata terbitan yang digunakan adalah banyak antara contohnya ialah kata terbitan awalan iaitu beri menjadi memberi, kata terbitan akhiran ialah pelajar menjadi pelajaran. Kata terbitan apitan ialah belajar menjadi pembelajaran. Kata majmuk yang terdapat pula ialah Perdana Menteri dan menaik taraf.
Penggunaan kata kerja dapat dibuktikan dengan adanya kata kerja tak transitif iaitu ‘’ sistem pendidikan negara sudah banyak memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kejayaan negara’’. Kata sendi yang digunakan ialah oleh, manakala kata adjektif yang digunakan ialah tinggi.
Laras bahasa media ialah laras bahasa yang sering digunakan oleh penulis di akhbar mahupun media cetak kerana lebih difahami oleh khalayak yang membaca, antara laras bahasa yang dapat ditunjukkan disini ialah penggunaan perkataan seperti ayat berikut ‘’ Transformasi ke arah negara bermaklumat, negara inovasi, berpendapatan tinggi dan berdaya saing’’. Melalu beberapa perkataan seperti berpendapatan tinggi dan berdaya saing adalah perkataan yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian manakala perkataan transformasi dan inovasi adalah penggunaan laras bahasa akademik yang menunjukkan perkataan yang lebih unik selaras dengan perubahan zaman.
Antara kepentingan penggunaan laras bahasa yang digunakan oleh penulis ialalah dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.dapat mencerminkan latar belakang penutur, memupuk nilai penyesuaian diri denganpersekitaran. Dan membantu kelancaran berkomunikasi danmenjamin maklumat yang ingin disampaikandapat diterima dengan baik.
Kesimpulannya, terdapat banyak laras bahasa yang digunakan dalam petikan rencana yang ditulis oleh penulis dan penggunaan laras bahasa adalah penting bagi sesebuah rencana di akhbar mahupun media cetak.




4.0 SISTEM  EJAAN
Melalui rencana tersebut terdapat banyak sistem ejaan yang digunakan antaranya ialah diftong, diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusannafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindaksebagai satu fonem dan dilambangkan dengan dua lambing vokal.Kamuslinguistik mengatakan diftong sebagai gabungan dua bunyi vokal yang disebutdalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Senarai diftong ialah ai, au dan oi , dalam rencana ini perkataan yang mempunyai diftong ialah ai ( sampai, capai).

Selain itu terdapat juga proses pembentukkan kata. Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.  Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat.  Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan.  Proses pembentukkan kata yang terdapat dalam rencana ialah peminjaman kata iaitu pinjaman kata bahasa Inggeris , Transformation menjadi transformasi, Inovation menjadi inovasi, procces menjadi proses, technology menjadi teknologi dan agency menjadi agensi.

Akhir sekali  bentuk kata yang terdapat ialah kata tunggal dua suku kata seperti dewan iaitu KV+KVK dan hari iaitu KV+KV. Kata tunggal tiga suku kata yang terdapat ialah perintis iaitu KV+KVK+KVK dan aspirasi iaitu VK+KV+KVKV. Manakala kata tunggal empat suku kata pula ialah pelajar iaitu KV+KV+KVK dan holistik iaitu KV+KVK+KVK.


RUMUSAN KESELURUHAN
Melalui peneletian mengenai rencana Sistem Pendidikan Perlu Di rombak terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh sekiranya berlaku perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia agar Negara terus berdaya saing dan maju. Sistem pendidikan di Negara kita adalah masih ditakuk lama dan kaedah pembelajaran yang diamalkan disekolah adalah lebih kepada hafal daripada mengingat, cara hafalan adalah sangat lemah dan tidak membantu mengembang pendidikan para pelajar sebaliknya sekiranya ujian dilaksanakan secara tiba – tiba kepada pelajar mereka gagal menduduki ujian tersebut kerana tidak mengingat.
Mengenai pemikiran pihak kementerian telah memperkenalkan alternative baharu agar melahirkan insan cemerlang pada generasi akan datang iaitu program I-Think. Program ini diperluaskan keseluruh sekolah-sekolah di Malaysia agar suatu perubahan baru terlaksana secara serentak.
Mengenai penulisan pengarang ialah tiada kesalahan ejaan yang terdapat dalam petikan, pengarang menggunakan sistem keselarasan vokal yang betul dan sistem ejaan yang baik. Pengarang juga banyak menggunakan perkataan dari kata pinjaman yang dapat membantu para pembaca menambah ilmu pengetahuan tentang penggunaan bahasa melayu pada masa kini.
Kesimpulannya dapat dirumuskan disini bahawa terdapat banyak faedah sekiranya sistem pendidikan dirombak dan pengarang yang menulis rencana ini adalah sangat teliti dengan penulisannya agar difahami dan menjaga nama baik akhbar harian tersebut.

KONSEP FALSAFAH DAN IMPLIKASI


1.0 KONSEP FALSAFAH DAN IMPLIKASI
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa impak terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
 Kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.


Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.

Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Implikasi terhadap institusi pendidikan ialah perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang dan perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.


Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.










2.0 AKTIVITI MENCAPAI HASRAT IPG
Seseorang guru itu haruslah mempunyai ciri-ciri tertentu agar profesion guru itu dipelihara kemuliaannya. Perkara ini digariskan dalam Falsafah Pendidikan Guru dimana dituntut untuk seseorang guru itu agarberbudi pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.’. Instituti pendidikan guru (IPG) haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti yang mempersiapkan para guru pelatih agar tercapainya matlamat Falsafah Pendidikan Guru. Dan ternyata, sememangnya IPG telah banyak menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk ciri-ciri yang baik sepertimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Antara contoh aktiviti yang telah dijalankan untuk para guru pelatih adalah Kejohanan Olahraga. Dengan adanya aktiviti ini, akan berlakulah interaksi dengan para guru pelatih yang lain. Hari Sukan atau dikenali lagi sebagai Kejohanan Olahraga yang dianjurkan adalah peluang terbaik untuk para guru pelatih untuk saling berinteraksi.  Dengan adanya penyertaan dalam sukan, ia menjadi satu cara untuk bakal guru mentakrifkan rasa identiti dan meningkatkan keyakinan diri dan semangat kekitaan. Apatah lagi,kebanyakan guru pelatih masih dalam peringkat umur remaja dan bakal dewasa jadi sememangnya mereka masih dalam proses mencari identiti diri. Disini dapatlah dilihat bahawa Hari Sukan itu membantu dalam perkembangan individu selain menolong ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan progresif.
Tambahan lagi, sememangnya dalam melibatkan diri dalam sukan, seseorang individu itu haruslah ada sikap berpasukan.Dalam setiap Kejohanan Olahraga pasti ada acara sukan yang melibatkan aktiviti berpasukan. Sokongan terhadap ahli kumpulan masing-masing juga amat diperlukan agar dapat menaikkan semangat. Dalam perkara ini, para guru pelatih dapat dilihat untuk bersama-sama berusaha untuk mecapai matlamat yang sama. Sikap berpasukan mengajar sikap sentiasa mahu mencuba yang terbaik dan menyokong rakan sepasukan.
Terlibatnya dalam Hari Sukan ini juga menuntut sesorang itu untuk sentiasa memaparkan sikap kesukanan yang baik kerana sikap buruk mencerminkan negatif kepada keseluruhan pasukan. Sekali lagi, nilai seperti berpekerti mulia, menjamin perkembangan individu, membentuk masyarakat bersatu-padu seperti mana di dalam Falsafah Pendidikan Guru dapat dilihat mampu dicapai melalui Hari Sukan. Lagi satu nilai yang dapat diterapkan dalam sesuatu individu melalui aktiviti sukan. Skil penyelesaian masalah juga boleh dipelajari melalui Hari Sukan. Bermain di dalam suatu pasukan boleh mengajar dua jenis penyelesaian masalah, iaitu yang pertama adalah strategi untuk menewaskan pihak lawan dan kedua adalah menyelesaikan konflik di dalam kalangan rakan sepasukan. Sebagai contohnya, seseorang itu membincangkan untuk mengambil pemain ganti yang  sepadan dengan kekuatan pasukan lawan. Dalam situasi ini,individu akan belajar untuk berkompromi dengan percanggahan pendapat dengan rakan sepasukan. Dia boleh belajar untuk berkomunikasi dengan pelbagai individu dari latar belakang yang berbeza yang dimana juga dapat melatih sikap sabar. Disini dapat dilihat Kejohanan Olahraga memberi peluang untuk para guru pelatih utuk berpandangan progresif dan saintifik selain melatih sifat displin dalam seseorang individu itu. Secara kesuluruhannya, sememangya aktiviti Hari Sukan dapat membantu merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Guru.
Aktiviti lain adalah gotong-royong. Gotong royong dapat didefinisikan sebagai kerjasama  beramai-ramai untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Setiap blok asrama sering menjalankan aktiviti gotong-royong agar blok asrama itu terpelihara keceriaannya dan juga kebersihannya. Sepertimana Hari Sukan, aktiviti gotong-royong juga mengalakkan interaksi antara individu. Ia, seperti mana disebut sebelum ini, dapat membantu dalam pemupukan semangat kekitaan dan jalinan ukhuwah yang lebih erat. Apabila banyak kerja yang harus dilakukan dan ramai orang bekerjasama, kita boleh berkongsi tugasan supaya setiap orang tidak perlu berbuat terlalu banyak kerja. Ini selain memupuk sikap tolong-menolong, ia juga mengeratkan silaturrahim. Dua perkara itu merupakan satu usaha untuk menjadi insan yang berpekerti mulia, kerana sememangnya membantu dan menjalinkan silaturrahim adalah antara contoh sifat mulia. Ini secara tidak langsung membantu dalam mereliasasikan Falsafah Pendidikan Guru kerana telah dituntut untuk guru berkelakuan sedemikian dalam falsafah tersebut. Matlamat juga dapat dicapai dengan lebih cepat kerana ramai orang yang bekerjasama antara satu sama lain. Tambahan lagi, dengan bekerja bersama-sama, kita akan dapat mendekati antara satu sama lain, sekali gus membina persaudaraan yang lebih baik. Ini adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru dimana tertulisnya akan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu. Selain itu, kita juga boleh mendapatkan pendapat daripada orang lain, dengan itu kita boleh memilih jalan yang terbaik bagi masalah. Ini adalah satu usaha untuk memperkembangkan diri lagi-lagi dari sudut emosi dan intelek. Kesimpulannya, sememangnya aktiviti gotong-royong itu dapat membantu dalam usaha untuk mencapai apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Seterusnya adalah sambutan Hari Etnik. Hari Etnik merupakan sambutan yang diadakan setiap tahun di IPG bagi memperkenalkan budaya-budaya dari negeri-negeri tertentu. Contohnya adalah Sabah dan Sarawak atau negeri-negeri utara seperti Kedah, Kelantan dan Perak. Pada Hari Etnik akan diadakan pameran-pameran yang membawa kita lebih dekat kepada budaya dari negeri lain seperti makanan setempat di sana, pakaian, pilihan alat musik dan lain-lain lagi. Antara perkara menarik yang dijalankan adalah tarian, permainan alat musik tertentu dan juga hidangan masakan yang lazat. Dengan adanya Hari Etnik ini, dapatlah para guru pelatih menambah dan memperluaskan ilmu pengetahuan mengenai budaya lain selain mengukuhkan ilmu yang sedia ada. Ia juga dapat merapatkan jurang yang mungkin tercipta di antara satu individu dengan satu individu yang lain dengan kefahaman yang lebih mendalam mengenai budaya masing-masing. Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru dimana bakal guru disahut untuk menyanjung warisan kebudayaan negara. Pada Hari Etnik juga diadakan pertandingan pameran terbaik dimana 3 hakim akan dibawa kepada setiap pameran untuk menilai setiap pameran agar dapat ditentukan pemenang. Maka dengan itu, sebelum Hari Etnik berlangsung telah dibuat persediaan yang sepatutnya agar pameran yang dibuat dapat menimbulkan rasa kagum dalam kalangan para hakim. Untuk mencapai itu juga haruslah memerlukan kerjasama yang banyak dari semua pihak. Sekali lagi dapat dilihat pemupukan ukhuwah dan nilai kerjasama, yang sememangnya selaras dengan apa yang diminta dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu-padu. Nilai disiplin juga dapat dilihat di dalam persediaan Hari Etnik ini kerana buat mereka yang terlibat dalam tayangan tari-tarian dan permainan alat musik, mereka perlu berlatih dengan konsisten agar dapat memberikan persembahan yang terbaik pada Hari Etnik kelak. Dengan ini, secara amnya, dapat diperakui di sini bahawa aktiviti Hari Etnik yang dijalankan dapat membantu ke arah pembentukan individu sepertimana yang dimahukan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Selain daripada itu, aktiviti lain adalah penyambutan Hari Kemerdekaan.  Hari Kemerdekaan disambut dengan meriahnya dalam kalangan para guru pelatih. Hal ini mungkin kerana semangat patriotik yang berjaya disemai apabila menyambut hari kemerdekaan. Penyambutan Hari Merdeka peringkat kebangsaan seringkali menjemput para guru pelatih untuk sama-sama menyertainya. Pada tahun 2011 contohnya, para guru pelatih diminta untuk sama-sama menyertai sambutan Hari Kemerdekaan dengan menjadi ahli dalam persembahan ‘Human LED’. Di situ, guru-guru pelatih dari seluruh semenanjung hadir. Di situ, berlakulah interaksi antara satu individu dengan satu individu yang lain yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza yang dimana membawa kepada pembetukan ukhuwah dan penjalinan silaturrahim yang erat. Secara tidak langsung, matlamat di dalam Falsafah Pendidikan Guru mengenai hasrat untuk pembentukan masyarakat yang bersatu-padu lebih senang untuk dicapai. Dalam membuat persediaan penyembahan itu juga, guru pelatih semua dikehendaki menjalani latihan intensif selama 9 hari. Di sini disiplin amatlah ditekankan, selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Seterusnya, dengan meraikan Hari Kemerdekaan, seseorang individu itu mengakui bahawa sesuatu yang positif yang telah berlaku. Atau dalam erti kata lain, memperakui bahawa negara kita telah berjaya membebaskan dari penjajahan penjajah. Acapkali kita lupa untuk bersyukur akan perkara ini serta lupa akan kejayaan yang pernah kita kecapi suatu ketika dahulu. Meraikan kejayaan  pembebasan negara ini akan dapat membantu para guru pelatih untuk mengingati kembali apa yang telah berlaku di dalam sejarah Malaysia selain mengambil teladan dari sejarah itu, dan menjadikan yang buruk sebagai pengajaran agar kejayaan yang lebih hebat lagi dapat dicapai. Ini adalah selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru dimana tertulisnya sebagai guru haruslah adanya sifat untuk menjunjung aspirasi negara. Di sini dapat disimpulkan bahawa aktiviti penyambutan Hari Kemerdekaan itu sememangnya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru.

Larian 1 Murid 1 Sukan juga merupakan beberapa aktiviti yang melibatkan para pelatih IPG, larian ini merupakan alternative mengamalkan gaya hidup sihat, melalui aktiviti ini semua para pensyaraf atau staff sokongan haruslah bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Larian ini akan melalui beberapa kawasan yang berhampiran IPG. Ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pensyarah, staff dengan para pelajar. Melalui FPG larian ini sekaligus Berjaya mencapai melahirkan guru yang sentiasa sihat dan cerdas.
Antara program lain ialah seperti sahur perdana, sahur perdana yang dijalankan oleh IPG ialah satu alternatif yang dapat membantu menyemai sikap hormat menghormati antara agama Islam dan agama lain, melalui program ini, pelajar yang bukan Islam juga dijemput agar dapat menikmati suasana bersahur bersama kaum Islam. Program ini membentuk pekerti mulia, menjamin perkembangan individu, melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan berdisiplin yang semua terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru.