Saturday 19 January 2013

Cute Muslim Couple (cartoon, drawing, anime!!)

Kawaii muslim couple, gwiyomi cartoon style
 Cuti2 mcm nie tiba2 je rasa rajin nk melukis. . hehe
Cute muslim couple anime
Penggunaan photoshop masih lagi lemah tapi aku still nk jgk uplod gambar2 nie.

Sunday 13 January 2013

Bila kaum hawa datang bulan!

AMALAN 24 JAM WANITA HAID





Assalamualaikum w.b.t . . .

Tajuk entri bukan lah nak cerita tentang kelemahan wanita tapi nak citer tentang kebiasaan yang korang pernah buat dan alami. 



Merujuk gambar diatas, umi saya ada beli buku ni, tapi dia tengah baca lagi masa saya cuti sem baru2 nie, isi dalaman nya sangat menarik. Kaum hawa. . beli lah dan amalkan .

Bila datang bulan atau didatangi haid, semua nye menjadi leceh tapi dalam kelecehan tersebut banyak manfaat yang Allah bagi pada kita, syukur Alhamdulillah :)

Apa perkara yang biasa akan dialami ketika datang haid?

- senggugut
-sakit pinggang
-cirit birit
-pening kepala
-muntah-muntah
-senak perut
-kejang otot
-lenguh2
-pitam


Mungkin anda pernah alami semua ni atau mungkin tidak.

Senggugut adalah perkara yang paling biasa dialami oleh semua wanita yang telah didatangi haid.
Masa ni memang hormon tak menentu dan membuat kan rasa tak selesa dan cepat marah!!

PENDERITAAN BERMULA

Nie nak kongsi cerita ketika saya sengugut. (Rutin tiap bulan memang mcm nie =..='')
Ahaaa. . kalau saya datang haid memang dah sedia awal2 pad banyak2 supaya tak susah dikemudian hari.


Jenama yang diyakini dan boleh dipercayai. Love intimate! :3

UBAT KLINIK/ HOSPITAL BUKANLAH SEGALANYA



Ubat yang xkan pernah berkesan kepada diri ku ini.!


Masa dah start senggugut memang malas nak makan ubat yang dr bagi sebab dah tahu tak berkesan langsung. Maybe orang lain makan berkesan. Yang lecehnya bila sakit sangat2 pegi lah klinik or hospital mana pon dr tetap bagi ubat. KAN??? jadi baik tak payah pegi klinik kalo dah mcm itu.

MENONGGENG TERTONGGENG ANAK DARA
Gini lah aksi ku atas katil setiap bulan.



Perghhh nie bukan frust menonggeng tapi nie tengah meronta ronta kesakitan nie! Aktiviti menonggeng adalah perkara biasa sampai kan roomate aku sentiasa seriau melihat keadaan aku sebegini. Kalo kat umah adik lelaki aku dah biasa melihat aksi sebegini daripada kakak sulung sampai lah kakak bongsu! hahaha


Aktiviti : Terjejas
Masa : Masa menderita 1 hari - 2hari
Keadaan : Kebuluran tiada selera makan dan keadaan bilik yang bersepah kerana mengamuk (sbb sakit sgt jd aq suka baling bantal merata rata!)

Akhirnya setelah penat lelah menderita dan tidak bermaya barulah rasa kepuasan yang amat sangat, segala aktiviti harian berjalan dgn lancar :)

AIS PENCETUS KEBAHAGIAAN DAN PENDERITAAN
 
Hepi nampak derr!!


Enjoy lah sangat minum ais sampai tak hengat dunia, bila dah kena senggugut baru lah kutok diri tak guna sebab minum ais ( ayat yang sama ketika datang bulan) =.='' bila nak ubat tabiat burukku ini!



Saturday 5 January 2013

Pencuci muka yang berkesan untuk atasi jerawat

Pure Active
                             Pelbagai jenis pencuci muka dah saya cuba tapi tiada satu pun berkesan. Garnier keluarkan banyak jenis pencuci muka seperti garnier light dan sebagai nya dan saya dah cuba semua pencuci muka tersebut tetapi langsung tidak berkesan, tetapi masalah berakhir bila saya cuba produk pencuci muka garnier
 ( Pure Active )
Percayalah sangat berkesan :3



Jom cuba produk nie. 6 tanda masalah tiada lagi.