Friday 2 December 2016

Berpijak di Gunung yang nyata.

Hi, sekarang dah masuk Disember 2016, which means.. dah setahun aku menggunung. Dengan hati yang kecewa lah, membawa aku ke alam pergunungan nie. Tak terkira dah banyak mana gunung aku pergi..

So dengan bulan yang sama, aku kecewa lagi.. bukan ditinggalkan tapi kali nie punya perasaan kat seseorang. Yang mana dia tak layan pun aku. Haha. Crush?  Haah crush, sepanjang mendaki nie tak pernah lah aku suka kat orang... tiba2 satu trip ke utara nie memperkenalkan aku pada sorang mamat nie. Hmm suka, tapi aku tahu dia tak suka aku. Kawan suggest suh bagitahu aku suka dia, aih mana lah boleh.. malu lew kitew, come on perempuan memang masih dengan ego dia kan. Haha takpelah, aku slow-slow move on. Berharap perasaan ini cepat2 lah berlalu bagaimana berlalunya masa setahun nie ha..

Btw, bulan 11 baru nie, aku pergi ke gunung yang agak rare, oh yela aku ni newbis je.. bagi aku ni pengalaman yang best. Aku pergi enam gunung dalam masa dua hari, alah gunung-gunung nie dekat2 je. Nak tahu ke gunung apa? Gunung Siku, Gunung Bunting, Gunung Tanggung, Gunung Gandik, Gunung Chantek n Gunung Chentuk. Tahap kesukaran gunung-gunung nie dalam Gred C je. Takdeler hardcore macam Semangkok. Estimate masa n jarak pon dekat2 je.. Masa pergi trip nie macam-macam citer ade semuanya kelakar kalau ingat balik.

Ade kesah ''Ayam mana ayam?'' dan ada kisah ''Mintak izin tak?''... Lately aku join trip redah, pepaham jelah trip redah nie acaner. Banyok dugaan dan cabaran dia.. nak tak nak kau kene hadaplah apa2 masalah berlaku sekali pun. Itu semua pengalaman. Heheee

Nie view teh boh kat starting point of Gunung Chentuk dan Chantek

Memang cantik la u olls,secantik nama gunung tu, ade Beirut kat atas Gunung Chantek tapi dah tumbang. Kat sini la kesah ''Ayam mana ayam'' berlaku, kitorang patutnya makan malam kat situ, i la tukang masaknya tapi ade la member yang tertinggal ayam, so malam tu kami makan nasi berlaukkan sayur-sayuran dan air nenas, memang blur nak masak apa malam tu sebab main menu dah xada, nasib ade abang guider tolong guide kita masak hahaha. Masak pon kene guide tau. 
Gunung Siku punya mossy tak mengecewakan.. 
Gunung Siku nie takde Beirut tapi ada besi sebagai penanda dia, i takde amik gambar pulak, so belanja lah gambar puteri seperti di atas yek? haha perasaaaan gila! Sepanjang trip ni, foto kitorang memang cantik2 lah sebab ade photographer amik gambau.. iaitu doktor syed. Thanks Syed, cecantik gambo kite. Trek ke gunung nie agak tertutup dan perlu di rintis-rintis sebab banyak balak tumbang jadi kenelah buat laluan baru, so hari tu kitorang buatlah laluan baru dalam masa dua jam jugak lah lepas tu baru jumpa balik laluan asal. View dia pulak hanya beberapa degree je nampak, pemandangan pon hanya hadap kebun-kebun dan rumah-rumah sekitar situ je. 
Campsite Gunung Bunting (Trans Gandik)

Lepas je balik dari Gunung Siku, kami terus ke Gunung Buntng dan tidur sana. Esok pagi baru sambung jalan ke Gunung Tanggung dan Gunung Gandik. Memang nama dia unik, mesti ada sejarah tertentu kot, kitorang memasing mula buat andaian dan teori memasing tentang kisah gunung nie, S mula dulu, katanya gunung nie ada kesah dia, ada gadis buat bende tak elok dengan seorang lelaki suami orang, lepas tu bunting, kemudian laki tersebut kene lah tanggung dia.. tapi tak tanggung manalah kemudian perempuan nie dijadikan Gandik aka Gundik dia. Begitulah cerita rekaan yang dibuat oleh kawan-kawan aku, katanya nanti kalau dia guide orang kat sini, dia nak citer macam nie..tapi hjung citer dia akan tambah '' tapi nie pon citer-citer orang dulu la yang bagitahu saya, saya pon tak tahu sangat kebenaran cerita dia.'' Haha memang sepanjang balik dari Trans Gandik nie, kitorang asyik bincang pasal citer nie lah, masing-masing nak tambah citer memang gelak sakan lah jadinya. Oh ye malam masa nak tidur kat Bunting tu hujan lebat giler, memang ai tidur dalam air lah citer dia sebab sleeping bag basah hahaha.