Friday 9 June 2017

Tip dan trick Dalam Hutan/ Petua dalam hutan

Tips and trick ni aku belajar sepanjang aku hiking, plus aku buat eperimen sendiri. Aku ni banyak tanya sampai guide pon gurau ngan aku, dia cakap dia pergi kursus sana sini siap berbayar lagi nak dapatkan ilmu, Aku main tanya je, Tak adil katanya. HAHAHA tapi dia tetap bagitahu jugak, thanks abang Iskandar. Tapi lepas dia cakap camtu aku pon bertekad untuk cari sendiri ilmu tu.. 






-jangan letak periuk yg ada makanan atas tanah nanti basi
-kalau garam habis bleh ganti ikan bilis
-tak nak kene gigit agas kene tutup headlamp/gelap
-cara hilangkn getah kt beg, letak ais kt tempat yg kene getah tu dan kupas
-nak tahu telur rebus masak letakkan beras dalam periuk tu skali
-nak kurangkan kehitaman bontot kuali masa masak guna unggun api, sapukan minyak
-kurangkan melecet pada kaki sapu vaselin
-termasak nasi lembik, buka tudung periuk, slw kana pi sehingga nasi kembali keras, letakkan kertas semasa masak
-goreng melekatkan penuhkan minyak, letakkan asam keeping
-kobis lambat layu, sapukan air garam

-nak masak air jgn amik kat tepi sungai
-kalau banyak agas kat kawasan trek tu maknanya ada haiwan kat area tu
-jangan makan pulut kalau nak hiking, nanti angin
-jangan pakai baju sewarna dengan pokok dan daun, menyukarkan ekpedisi mencari, kita bukan askar,kita ialah pendaki. 
-

Wednesday 7 June 2017

Patah sayapku patah

Lamakan aku tak menulis, haa rasa rindu pulak nak menulis hari nie.. sesiapa yang kenal aku, mmg tahu la macam mana keadaan aku skrg. Aku ni baru lepas eksiden patah tangan bahagian lengan (patah 3), patah peha (patah 2). Memang dashat lah patah aku ni. kalau korang tengok xray aku pon memang seriau lah! Tak masuk lagi dengan patah hati.. lagi teruk patah dia 😂..

Oklah dah masuk bulan 5, bulan untuk move on even aku ni nak move ke kiri ke kanan sikit pon sakit.. ni tak tahu lah nie bila boleh jalan. Oh yaa.. lupa pulak nak bagitahu pasal tangan aku ni. Ha aku ni alami wrist drop lepas operation tangan. Seksa juga lah bila tangan kau ni tak berapa nak funtion. Ni aku ni tak tahu lah nak mengajar macam mana ni nanti.. tangan kanan tak boleh nak buat apa, asyik jatuh je pergelangan tangan aku nie.. 


ha nie laa rupanya yang occt bagi aku untuk wrist drop yang aku alami. rimas jugak pakai bende alah nie.. 

ok jom balik ke arah move on tadi. Aku ni banyak reject orang, so jangan hairanlah kalau kita pulak kena reject kan.. Serious, tipu lah tak sakit.. dah la aku sakit, lepas tu kena mcm nie pulak. siapa tak sedih. aku mula bangkit dengan percaya qada dan qadar Allah. so hari2 aku doa, aku buat solat2 sunat nie.. agar aku terus kuat. 

Sebenarnya, Allah nak aku nie lebih kuat, lebih buat amalan, lebih kan aku ni percaya dengan ketentuannya. Aku doa agar Allah bagi aku yang terbaik. Adakalanya aku doa Allah bagi apa yang aku nak, tapi rancangan Allah lebih baik kan. Dia tak bagi apa yang kita nak, tapi dia bagi apa yang kita perlu. So aku redha, ada benda yang menanti dengan lebih baik. 

Untuk korang yang ada crush kat sape2 tu, jangan sampai crush kau tu take it for granted. Haa nanti kau menyesal. Nak move on nie bukan senang k. Kau kene ada sisi-sisi positif yang kuat. Untuk korang yang tengah sakit, percayalah dugaan ya Allah bg ni bukan saja2.. bukan nak balas dendam kat kau. Sentiasa positif k ?