Saturday, 16 February 2013

Bagaimana nak tegur kesalahan seseorang dengan baik?



Kita selalu tersilap langkah ketika menegur kesalahan orang lain. Kat dalam dunia ni ada orang yang boleh menerima pendapat orang lain dan ada kerjanya nak membangkang orang saje. Tapi bergantung jugak bagaimana cara kita menegurnya. Bila ada yang terasa mulalah hidup rasa tak tenang, hilang kawan, ada musuh, disisihkan dan sebagainya. 

Jadi nak tahu macam mana agaknya cara nak menegur seseorang dengan baik , jom baca entry saya!!


 ~ Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas

Ok ini adalah cara paling sopan dalam menegur seseorang, kita kena puji terlebih dahulu baru menegur sikit demi sedekit.

Contoh 1

'' Wah, presentation kau tadi bagus. Kau memang hebat lahh, tapi lepas ni , kau kena lah bagi peluang sikit pada kawan-kawan lain untuk membuat pembentangan. Pape pun kau tetap best!! ''

 Contoh 2

'' Mimi, idea kau  memang baik dan bernas, tapi ada kawan-kawan kita yang lain tak setuju dengan idea kau, apa kata kita try ikut sokongan majoriti''

Contoh 3

'' Hadi, cikgu bangga dengan awak sebab peperiksaan baru-baru ni, markah awak naik tapi awak kena belajar sifir sampai dapat supaya awak dapat jawab semua soalan yang cikgu akan bagi nanti .''


 Haaa.. Mungkin cara ini agak keterlaluan tapi menurut pakar psikologi , inilah cara yang betul. Adalah sangat  menyenangkan sekiranya mendengar sesuatu yang tidak disenangi setelah menerima pujian yang menenangkan. Kalau aku pun, aku suka orang tegur aku cara macam nie sebab xmenyakitkan hati sangat walaupun kita salah. Ramai sebenarnya orang yang memulakan kritikan mereka dengan ''pujian'' yang ikhlas, diikuti dengan kata ''tetapi'' ditengah-tengah dan diakhiri dengan kritikan'' sebab ini adalah cara yang terbaik.





~ Jelaskan kesalahan kita dahulu sebelum mengkritik orang lain.

Cara ni mungkin menyenangkan mana mana pihak sebab kita mengaku bahawa diri kita yang salah dalam hal ini, kemudian barulah menegur seseorang.

Contoh 1

''Faiz, semalam aku tak sengaja baling bola sampai kena kat muka kau, aku tak perasan pun kau ada kat situ,aku xde niat pun nak buat macam tu tapi kau pun  kenalah hati-hati tengok keadaan sekeliling supaya tak kena bola lagi.''

Contoh 2

''Syamie, aku ni selalu leka masa lectrer ajar dan aku jenis tak fokus, aku harap lepas ni kau tak ajak aku borak masa lectrer tengah ajar''

Dengan merendah diri, orang nak marah kita pun jadi sejuk hati, so cubalah cara nie!




~ Mengajukan pertanyaan dan buat rasa simpati.

Andai kata kawan kita sedang marah jangan kita mengapi apikan mereka dengan kata-kata kasar dan andai kata kawan kita salah jangan pula kita memerintahkannya kepada pekara betul. Semua orang tak suka diperintah itu ini, tapi apa kata kita cuba cara yang lebih menyenangkan dengan mengajukan beberapa soalan atau membuat seseorang itu menjadi seorang yang lebih bertimbang rasa dan sedar akan kesalahan mereka.


Contoh 1

'' Adi, kau sama kumpulan dengan aku kan untuk buat pembentangan kerja En Sayed? Aku dah siapkan bahagian aku, kau tahukan pembentangan ni esok?

Contoh 2

'' Ayu, pinggan kat atas meja tu, kau nak makan lagi ke? Nanti semut berkerumun nanti.''

Contoh 3

''Motor siapa parking depan makmal ni? Kalau tak dialihkan susah untuk orang lalu lalang dekat sini''

Ahh haaa~ Ini pun satu cara berkesan, kita try tanya mereka dengan soalan yang sebenarnya sedang mengatakan kesalahan mereka. Ini adalah cara psikologi yang berkesan sebab seseorang itu akan cuba berfikir ketika menjawab soalan tersebut. Ya! Kita biarkan mereka berfikir dan biarkan mereka memahami apa yang sebenarnya kita mahukan dari mereka. Jadi secara automatik nya mereka akan rasa bertanggungjawab disitu.


~  Menyelamatkan maruah diri dan orang lain.

 Ya! Selamatkan maruah diri orang lain! Sangat penting tapi kadang-kadang kita tak pernah terlintas pun nak fikir tentang perasaan orang lain, kemudian kita terus menerus menyinggung perasaan orang,mencari-cari kesalahan mereka, mengancam ,mengherdik mengkritik orang dihadapan orang lain tanpa mempedulikan betapa lukanya hati orang tersebut. Ingat! Jangan sesekali kita membuat seseorang tu berdendam dengan kita sebab nanti mereka juga akan sentiasa mencari kesalahan kita.
Kalau betul pun kita yang benar dan orang itu salah, jangan sesekali membiarkan seseorang itu hilang maruahnya kerana ini akan menyebabkan mereka terasa, kecewa, patah hati, malah kita pun berkemungkinan mempunyai musuh.

Monday, 11 February 2013

Cara mengekalkan persahabatan lebih lama

Indahnya persahabatan. Tapi awas! Dalam kita berkawan pasti akan berlaku masalah. Jadi kita perlu tahu cara mengatasinya sebelum kita kehilangan kawan dan dibenci oleh rakan-rakan.

#Kejujuran

Sangat penting apabila berkawan kita mempunyai sikap jujur. Kejujuran adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan sekiranya berlaku salah faham , perkongsian rahsia atau luahan masalah, kejujuran adalah yang terpenting. Mesti kita tak nak kan digelar orang yang tidak boleh dipercayai?

#Baiki Misattunement

Kita perlu kenal siapa kawan-kawan kita? Bila kita kenal mereka, pasti kita tahu bagaimana nak berhadapan dengan mereka, darisegi kelemahan dan kekuatan mereka. Kita perlu tahu bagaimana nak memulihkan semangat mereka, bagaimana nak pujuk mereka, bagaimana hendak mendengar masalah mereka dan bagaimana nak menolong mereka. Andai kata kita melakukan kesalahan, kita kenalah pandai nak baiki hubungan tersebut, dan minta maaf dengan sebaiknya. Jangan takut untuk mengaku kesalahan, berterus terang adalah terbaik dan cuba terangkan pada mereka mengenai hal sebenar dan mengapa bertindak sedemikian, Jangan risau time is precious and not worth wasting when it comes to the people who make us happy.

#Tunjukkan penghargaan

Siapa yang tidak suka apabila dihargai, dalam Hierarki Keperluan Maslow pun ada beritahu bahawa penghargaan adalah kehendak. Jadi tunjukkan penghargaan kita pada kawan2 kita, Penghargaan bukanlah bermakna perlu bagi hadiah atau apa but just give a compliment pun dah cukup memadai buat mereka rasa mereka disayangi. Ucapan TERIMA KASIH juga memadai apabila rakan anda membuat sesuatu yang menyenangkan anda. 

#Jangan buruk sangka

Sikap buruk sangka adalah tidak baik ini adalah kes yang paling kerap menyebabkan pergaduhan dalam persahabatan. Sikap suka membuat andaian yang bukan bukan terhadap rakan kita membolehkan kita memusuhi dan menyalahkan mereka tanpa usul periksa dan penjelasan.

# Jangan terlalu rapat dan memilih kawan

Mengenai persahabatan ni, kita jangan lah terlalu rapat dengan seseorang dan terlalu   mempercayai mereka 100%. Hal ini kerana apabila berlaku perpisahan pasti kita akan terlalu sedih apabila berpisah dengan mereka atau berlaku perselisihan faham, kita perlu berkawan dengan seramai kawan yang mungkin. Kadang2 ada juga rakan musuh dalam selimut, talam dua muka dan sebagainya, jadi kita tidaklah terlalu sakit hati dan berlaku pergaduhan sekiranya kita mempunyai ramai rakan, rakan yang baik akan sentiasa ada untuk kita ketika susah dan senang tetapi untuk mencari rakan sebegini amat sukar. Dengan tidak terlalu rapat kita boleh mengelakkan persahabatan dan mengelakkan pergaduhan yang membolehkan orang disekeliling kita menjauhkan diri dari kita.

# Tidak mengumpat

Haa. . rakan yang baik adalah rakan yang tidak memburukkan orang lain walaupun dihadapan sahabat mereka sendiri. Setiap kali bergaul dengan rakan jangan kita memburukkan orang lain walaupun kita tidak suka dengan seseorang, boleh jadi rakan kita yang mendengarnya itu tidak suka atau rakan kita lah yang menjadi talam dua muka. So jaga percakapan kita, jangan sampai kita pula yang menjadi bahan ejekkan.

Sahabat untuk selamanya