Kita selalu tersilap langkah ketika menegur kesalahan orang lain. Kat dalam dunia ni ada orang yang boleh menerima pendapat orang lain dan ada kerjanya nak membangkang orang saje. Tapi bergantung jugak bagaimana cara kita menegurnya. Bila ada yang terasa mulalah hidup rasa tak tenang, hilang kawan, ada musuh, disisihkan dan sebagainya.
Jadi nak tahu macam mana agaknya cara nak menegur seseorang dengan baik , jom baca entry saya!!
❥~ Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas
Ok ini adalah cara paling sopan dalam menegur seseorang, kita kena puji terlebih dahulu baru menegur sikit demi sedekit.
Contoh 1
'' Wah, presentation kau tadi bagus. Kau memang hebat lahh, tapi lepas ni , kau kena lah bagi peluang sikit pada kawan-kawan lain untuk membuat pembentangan. Pape pun kau tetap best!! ''
Contoh 2
'' Mimi, idea kau memang baik dan bernas, tapi ada kawan-kawan kita yang lain tak setuju dengan idea kau, apa kata kita try ikut sokongan majoriti''
Contoh 3
'' Hadi, cikgu bangga dengan awak sebab peperiksaan baru-baru ni, markah awak naik tapi awak kena belajar sifir sampai dapat supaya awak dapat jawab semua soalan yang cikgu akan bagi nanti .''
Haaa.. Mungkin cara ini agak keterlaluan tapi menurut pakar psikologi , inilah cara yang betul. Adalah sangat menyenangkan sekiranya mendengar sesuatu yang tidak disenangi setelah menerima pujian yang menenangkan. Kalau aku pun, aku suka orang tegur aku cara macam nie sebab xmenyakitkan hati sangat walaupun kita salah. Ramai sebenarnya orang yang memulakan kritikan mereka dengan ''pujian'' yang ikhlas, diikuti dengan kata ''tetapi'' ditengah-tengah dan diakhiri dengan kritikan'' sebab ini adalah cara yang terbaik.
❥~ Jelaskan kesalahan kita dahulu sebelum mengkritik orang lain.
Cara ni mungkin menyenangkan mana mana pihak sebab kita mengaku bahawa diri kita yang salah dalam hal ini, kemudian barulah menegur seseorang.
Contoh 1
''Faiz, semalam aku tak sengaja baling bola sampai kena kat muka kau, aku tak perasan pun kau ada kat situ,aku xde niat pun nak buat macam tu tapi kau pun kenalah hati-hati tengok keadaan sekeliling supaya tak kena bola lagi.''
Contoh 2
''Syamie, aku ni selalu leka masa lectrer ajar dan aku jenis tak fokus, aku harap lepas ni kau tak ajak aku borak masa lectrer tengah ajar''
Dengan merendah diri, orang nak marah kita pun jadi sejuk hati, so cubalah cara nie!
❥~ Mengajukan pertanyaan dan buat rasa simpati.
Andai kata kawan kita sedang marah jangan kita mengapi apikan mereka dengan kata-kata kasar dan andai kata kawan kita salah jangan pula kita memerintahkannya kepada pekara betul. Semua orang tak suka diperintah itu ini, tapi apa kata kita cuba cara yang lebih menyenangkan dengan mengajukan beberapa soalan atau membuat seseorang itu menjadi seorang yang lebih bertimbang rasa dan sedar akan kesalahan mereka.
Contoh 1
'' Adi, kau sama kumpulan dengan aku kan untuk buat pembentangan kerja En Sayed? Aku dah siapkan bahagian aku, kau tahukan pembentangan ni esok?
Contoh 2
'' Ayu, pinggan kat atas meja tu, kau nak makan lagi ke? Nanti semut berkerumun nanti.''
Contoh 3
''Motor siapa parking depan makmal ni? Kalau tak dialihkan susah untuk orang lalu lalang dekat sini''
Ahh haaa~ Ini pun satu cara berkesan, kita try tanya mereka dengan soalan yang sebenarnya sedang mengatakan kesalahan mereka. Ini adalah cara psikologi yang berkesan sebab seseorang itu akan cuba berfikir ketika menjawab soalan tersebut. Ya! Kita biarkan mereka berfikir dan biarkan mereka memahami apa yang sebenarnya kita mahukan dari mereka. Jadi secara automatik nya mereka akan rasa bertanggungjawab disitu.
❥~ Menyelamatkan maruah diri dan orang lain.
Ya! Selamatkan maruah diri orang lain! Sangat penting tapi kadang-kadang kita tak pernah terlintas pun nak fikir tentang perasaan orang lain, kemudian kita terus menerus menyinggung perasaan orang,mencari-cari kesalahan mereka, mengancam ,mengherdik mengkritik orang dihadapan orang lain tanpa mempedulikan betapa lukanya hati orang tersebut. Ingat! Jangan sesekali kita membuat seseorang tu berdendam dengan kita sebab nanti mereka juga akan sentiasa mencari kesalahan kita.
Kalau betul pun kita yang benar dan orang itu salah, jangan sesekali membiarkan seseorang itu hilang maruahnya kerana ini akan menyebabkan mereka terasa, kecewa, patah hati, malah kita pun berkemungkinan mempunyai musuh.
No comments:
Post a Comment