Thursday, 23 April 2015

RPH SENI TAHUN 3, KERIS,



Mata Pelajaran                 : Dunia Seni Visual
Kelas                               : Tahun 3 G
Tarikh                              : 21 April 2015
Modul                              : Bidang mengenal kraf tradisional
Masa                               : 60 minit (JAM)
Bilangan Pelajar               : 38 orang
Aktiviti                               : Membuat model
Tema                               : buatan manusia
Tajuk                               : hiasan dinding
Pengalaman Sedia Ada     : asas seni reka, prinsip rekaan serta kemahiran melukis dan mewarna..
Bahan Bantu Mengajar     : Contoh arya kkeris.
Penerapan Nilai                : Nilai kasih sayang. Cintakan kraftangan Malaysia,Hargai Alam Sekitar,
Elemen Merentas Kurikulum: Keusahawanan, kreativiti dan inovasi
Teori Pembelajaran          : Teori Pembelajaran Sosial – Demonstrasi

Standard Kandungan :
1. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada model alat
pertahanan diri.
2. Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
model alat pertahanan
diri.
3. Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan model alat
pertahanan diri.
4. Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.

Standard Pembelajaran

4.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang yang ada pada model alat
pertahanan diri.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Bentuk - konkrit
4.1.1.2 Warna - tertier dan neutral
4.1.2     Prinsip rekaan

4.2 Aplikasi Seni
 Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media
4.2.1.1 Alat - gunting
4.2.1.2 Bahan - kad atau kertas tebal, cat poster, oil pastel, gam, dan bahan hiasan yang
sesuai
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

4.3Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3     Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
.

4.4Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan



OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
Huraian
1. Menghasilkan model parang
     dengan mengaplikasikan bahasa
     seni visual, media  serta proses 
     dan teknik yang betul.

2. Membuat apresiasi
     berpandukan bahasa seni visual
     yang telah dipelajari
















SET MASA / KOMPONEN
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ILUSTRASI
CATATAN JUSTIFIKASI
MASA : 5 MINIT
-Guru memilih beberapa orang murid untuk membuat simulasi mempertahankan diri.  
-Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang dilakonkan oleh murid dihadapan.
-Murid lain memerhatikan simulasi murid dihadapan
-Murid menjawab soalan guru
*sedang mempertahankan diri.
-Guru memberi penerangan ringkas
-Penerapan nilai murni : Cintakan keunikan di Malaysia,menghargai seni tradisional Melayu
-BBM : alat mempertahankan diri parang
MASA : 10 MINIT/ PERSEPSI ESTETIK
-Guru mempamerkan contoh model parang yang diperbuat dari mounting board.
-Guru bersoal jawab dengan murid dengan mengguankan laras Bahasa seni visual yang sesuai..
-Guru menerangkan dengan ringkas tentang alat pertahanan diri  dan memaklumkan tajuk dan tema alat pertahanan diri pada hari ini.

-Murid menjawab soalan guru menggunakan laras Bahasa seni.
Murid menceritakan pengalaman melihat ukiran.
- Maksud alat seni pertahankan diri.
Nilai : Mencintai kraf tradisional
BBM : Sabun, lidi, pembaris

MASA : 15 MINIT / APLIKASI SENI
-Guru menyatakan alat dan bahan yang akan digunakan dalam penghasilan parang/keris.

Langkah 1 :
Guru menunjukkan contoh model keris/parang.
Langkah 2 :
guru menunjukcara memotong dan melukis keris/parang.
Langkah 3 : Guru menunjuk cara dan mencadang reka letak model keris, penanda buku atau tampal didinding
-wakil kumpulan mengambil alat dan bahan yang akan digunakan
Kad manila
Gunting
Pensil warna


ELM :Keusahawanan,
(EK1 EK2,EK3,EK5),
Nilai : tolenrasi, kerjasama
Teori Pembelajaran : Koperatif
Teknik : Generatif , mendorong murid membina kreativiti dengan pelbagai alat dan bahan
-Kaedah : Demostrasi
MASA: 20 MINIT/ EKSPRESI KREATIF
-Guru memerhatikan penghasilan karya murid.
-Guru membantu dan membimbing murid.
-Guru mengawal keadaan kelas
-Murid menghasilkan model keris / parang dengan cara meniru teknik yang ditunjukkan oleh guru.
-Murid mengaplikasikan unsur garisan dan bentuk dalam menghasilkan model.
-Murid membuat kemasan pada model
Kaedah Pengajaran : Model Personal
Pendekatan : Humanistik , Sosiobudaya.
MASA : 6 MINIT /APRESIASI SENI
-Guru memberi dorongan kepada murid untuk menceritakan asas seni reka dan prinsip rekaan yang digunakan contohnya garisan, rupa, bentuk dan bentuk
-Murid menyatakan nama dan aktiviti yang telah dilakukan didalam kelas.
 keinginannya pada masa akan datang untuk mencipta  sesuatu menggunakan alat pertahankan diri tradisional.
EMK : Keusahawanan
Kreativiti inovasi
Kaedah pengajaran : berpusatkan guru

MASA 4 MINIT / PENUTUP
Guru memberikan arahan kepada murid untuk mengemas peralatan dan bahan yang telah digunakan.
-Mengutip sampah disekeliling meja dan kelas.
-Mengembalikan peralatan yang dipinjam kepada guru (sekiranya ada)
-Mengumpul hasil karya murid kepada guru.
-Ukiran sabun yang paling cantik akan diletakkan diatas meja guru didalam kelas sebagai hiasan.

-Wakil setiap kumpulan membuat refleksi secara mudah tentang aktiviti yang dijalankan.
-Murid menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti menghasilkan ukiran
-Murid memberikan tepukan gemuruh pada diri sendiri
Nilai : Tanggungjawab, Kebersihan
Peneguhan : Positif

RPH SENI TAHUN EMPAT/4 UKIRAN KSSR



Mata Pelajaran                 : Dunia Seni Visual
Kelas                               : Tahun 4
Tarikh                              : 20 April 2015
Modul                              : Bidang mengenal kraf tradisional
Masa                               : 60 minit ( jam berapa ke berapa )
Bilangan Pelajar               : 38 orang
Aktiviti                               : Ukiran
Tema                               : Alam semulajadi
Tajuk                               : Pewangi Kereta
Pengalaman Sedia Ada     : asas seni reka, prinsip rekaan serta kemahiran mengukir.
Bahan Bantu Mengajar     : Contoh ukiran kereta pada sabun.
Penerapan Nilai                : Nilai kasih sayang. Cintakan kraftangan Malaysia,Hargai Alam Sekitar
Elemen Merentas Kurikulum: Keusahawanan, kreativiti dan inovasi
Teori Pembelajaran          : Teori Pembelajaran Sosial – Demonstrasi

Standard Kandungan :
1.     Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada ukiran.
2.     Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan ukiran
3.     Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan ukiran.
4.     Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni dan budaya.

Standard Pembelajaran

4.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada ukiran.
4.1.1 Unsur Seni
4.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
4.1.1.2 Jalinan - sentuh
4.1.1.3 Bentuk - konkrit
4.1.2 Prinsip Rekaan
4.1.2.1 Kesatuan - motif
4.1.2.2 Imbangan - simetri atau tidak simetri

4.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan ukiran.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.1.1 Alat -pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain
yang sesuai.
4.2.1.2 Bahan -sabun buku dan bahan lain yang sesuai.
4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
4.2.2.1 Teknik - ukiran timbul

4.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan ukiran secara kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan ukiran.

4.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni ukiran tradisional tempatan.
4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.


OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
Huraian
1.     Memahami dan menyatakan bahasa seni visual dalam karya ukiran.
2.     Mengetahui dan mengenal jenis-jenis media, proses serta teknik dalam menghasilkan ukiran.
3.     Menghasilkan karya dengan mengaplikasi bahasa seni visual,   media,proses dan teknik  dengan betul.
4.     Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan   berpandukan bahasa seni visual.















SET MASA / KOMPONEN
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ILUSTRASI
CATATAN JUSTIFIKASI
MASA : 5 MINIT
-Guru menujukkan contoh ukiran.
-Guru menerangkan kepada murid bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan ukiran.
-Guru menerangkan dengan ringkas asal usul ukiran.

-Murid memerhatikan jenis ukiran yang ditunjukkan oleh guru di papan tayangan.
-Murid diberi peluang untuk bertanya kepada guru sekiranya mempunyai soalan.
- Contoh gambar :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioHpacCW_1JLoF97-RpMS07V7Rh4klNql7yvfT7CGqDaKzTj8PezJASj-KGZzwKLoVQ6wE4y62pIyeZOla18z-_yGnbkX_E1Id_S3zANuGgbETMWoSXOirsCUt7hwlYMip8D6WASjSXp0x/s1600/Photo1649.jpg
-Guru memberi penerangan ringkas
-Penerapan nilai murni : Cintakan alam sekitar
-BBM : tayangan slaid gambar ukiran
MASA : 10 MINIT/ PERSEPSI ESTETIK
-Guru mempamerkan contoh ukiran yang diukir pada sabun dan meminta murid untuk meneka corak ukiran tersebut.
-Guru bersoal jawab dengan murid dengan mengguankan laras Bahasa seni visual yang sesuai.
-Guru menyatakan definisi ukiran.
-Guru menerangkan dengan ringkas tentang ukiran dan memaklumkan tajuk dan tema ukiran pada hari ini.

-Murid menjawab soalan guru menggunakan laras Bahasa seni.
Murid menceritakan pengalaman melihat ukiran.
- Maksud : Seni ukiran merupakan satu proses menorah, menggores, dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain.
Nilai : Mencintai kraf tradisional
BBM : Sabun, lidi, pembaris

MASA : 15 MINIT / APLIKASI SENI
-Guru menyatakan alat dan bahan yang akan digunakan dalam penghasilan ukiran sabun.
-Guru membahagikan kumpulan untuk membuat ukiran.

Langkah 1 :
Guru menunjukkan contoh ukiran sabun bunga.
Langkah 2 :
guru menunjukcara memotong dan mengukir sabun.
Langkah 3 : Guru menunjuk cara dan mencadang reka letak ukiran sabun pada kelas atau pada kereta.
-wakil kumpulan mengambil alat dan bahan yang akan digunakan
-sabun
-pembaris
-lidi/alat pencungkil gigi

ELM :Keusahawanan,
(EK1 EK2,EK3,EK5),
Nilai : tolenrasi, kerjasama
Teori Pembelajaran : Koperatif
Teknik : Generatif , mendorong murid membina kreativiti dengan pelbagai alat dan bahan
-Kaedah : Demostrasi
MASA: 20 MINIT/ EKSPRESI KREATIF
-Guru memerhatikan penghasilan karya murid.
-Guru membantu dan membimbing murid.
-Guru mengawal keadaan kelas
-Murid menghasilkan ukiran secara berkumpulan dengan cara meniru teknik yang ditunjukkan oleh guru.
-Murid mengaplikasikan unsur garisan dan bentuk dalam menghasilkan ukiran.
-Murid membuat kemasan pada ukiran sabun yang telah siap.
Kaedah Pengajaran : Model Personal
Pendekatan : Humanistik , Sosiobudaya.
MASA : 6 MINIT /APRESIASI SENI
-Guru memberi dorongan kepada murid untuk menceritakan asas seni reka dan prinsip rekaan yang digunakan contohnya garisan, rupa, bentuk dan bentuk
-Murid menyatakan nama dan aktiviti yang telah dilakukan didalam kelas.
-Murid menyatakan warisan dan budaya dapat diteruskan dengan membuat seni ukiran moden.
-Murid menyatakan keinginannya pada masa akan dating untuk mencipta sesuatu menggunakan ukiran.
EMK : Keusahawanan
Kreativiti
Kaedah pengajaran : berpusatkan guru

MASA 4 MINIT / PENUTUP
Guru memberikan arahan kepada murid untuk mengemas peralatan dan bahan yang telah digunakan.
-Mengutip sampah disekeliling meja dan kelas.
-Mengembalikan peralatan yang dipinjam kepada guru (sekiranya ada)
-Mengumpul hasil karya murid kepada guru.
-Ukiran sabun yang paling cantik akan diletakkan diatas meja guru didalam kelas sebagai hiasan.

-Wakil setiap kumpulan membuat refleksi secara mudah tentang aktiviti yang dijalankan.
-Murid menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti menghasilkan ukiran
-Murid memberikan tepukan gemuruh pada diri sendiri
Nilai : Tanggungjawab, Kebersihan
Peneguhan : Positif