PENGENALAN SISTEM EJAAN
1.0.
SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Setiap perkataan yang diungkap mahupun ditulis adalah
terhasil daripada gabungan huruf-huruf atau aksara tertentu bagi membentuk
perkataan yang bermakna. Proses pembentukan kata perlulah melalui kaedah sistem
ejaan yang mantap sebelum terhasilnya sesuatu perkataan.
Contohnya, dalam sistem
ejaan Rumi bahasa Melayu, terdapat 26 aksara yang terdiri daripada 21 aksara
konsonan dan 5 aksara vokal yang telah diguna pakai dalam tulisan Rumi bahasa
Melayu.
Walau demikian, ada juga
aksara tertentu yang digabungkan dengan aksara yang lain untuk melambangkan
sesuatu bunyi dan melalui penggabungan aksara-aksara ini maka wujudlah 25 bunyi
konsonan serta 6 bunyi vokal.
Hal ini kerana bilangan
bunyi dalam sistem ejaan dan tulisan Rumi bahasa Melayu mempunyai bilangan
bunyi yang lebih banyak daripada jumlah asal aksara yang sebenar iaitu sebanyak
26 aksara.
1.1
Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Selepas Merdeka
Pada tahun 1959 iaitu setelah dua tahun menjalankan
kajian, diadakan perundingan dan termaktublah perjanjian persahabatan
antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara Republik Indonesia. Satu
jawatankuasa telah ditubuhkan. Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu
di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Bahasa
Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slametmuljana, yang diadakan di Jakarta pada
tahun tersebut dan terhasilnya Ejaan Malindo. Namun begitu usaha tersebut
terbantut akibat tercetusnya konfrantasi dan disambung semula pada
1966.
Pada bulan September
1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah pimpinan Kolonel Wahju
Sukatjo mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta mengesyorkan kepada kerajaan
masing-masing supaya Ejaan Malindo (1959) itu dilaksanakan. Begitu juga dengan
istilah, bahawa istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
diselaraskan. Suatu kertas kerja disediakan untuk mengemukakan sistem Ejaan
Malindo tersebut. Walau bagaimanapun, sistem ejaan tersebut perlu diperbaiki
lagi sebelum dilaksanakan di kedua-dua negara itu.
Beberapa perundingan
terus disusun atur yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa. Kesan dari itu,
pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri
Pelajaran Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Hussain Onn dengan Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk melaksanakan
ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut diisytiharkan secara rasmi serentak
di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Risalah “ Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia" diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk kegunaan ramai.
Sistem ejaan ini masih mengandungi beberapa masalah kecil lalu dibentuk
Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan bertemu dengan Panitia
Pengembangan Bahasa Indonesia. Akhirnya terbentuklah Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia pada 29 Disember 1972. Segala masalah mengenai ejaan baru
itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan majlis tersebut. Setelah lima
kali bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia ini
berhasil mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap iaitu “ Pedoman
Umum Ejaan Bahasa Malaysia" yang diterbitkan pada 5 Disember 1974.
1..2 Pengenalan
Laras Bahasa
Laras
Bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam
bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Cocok atau padan dengan situasi dan
konteks semasa ketika itu.
Menurut
Nur Azemah Shahedan dalam Pelita Bahasa, November, 1991 - Laras bahasa
merupakan suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan atau
situasi tertentu.
Rajiee
Hadi dalam Jurnal Dewan Bahasa. mei, 1994 - mengutarakan laras bahasa adalah
wahana yang membuktikan kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan
maksud dalam pelbagai bidang khusus. Laras bahasa menentukan makna leksikal
sesuatu kata dan pengertian mengkhusus kepada bidang tertentu. Merangkumi
pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan.
Laras
bahasa boleh didefinisikan sebagai satu variasi bahasa berdasarkan
penggunaannya mengikut situasi dan konteks dan menentukan makna dan pengertian
yang mengkhusus kepada jurusan, bidang yang tertentu. Laras bahasa dapat
menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan
bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat
yang digunakan. Secara umumnya laras biasa dapat dibezakan seperti laras agama,
laras sukan, laras iklan, laras masakan, laras sains dan teknologi dan
seumpamanya.
2.0
RENCANA AKHBAR BERITA HARIAN MEI 2012
2.1
Ulasan Rencana / Isu yang terdapat
Tajuk : Sistem Pendidikan
Perlu Dirombak
Penulis : Syed Akhbar Ali
Pada awal Mei 2012 yang lalu, akhbar
Berita Harian telah memaparkan mengenai Sistem Pendidikan Perlu Dirombak yang
diulas oleh Encik Syed Akhbar Ali, dalam kenyataanya Perdana Menteri Najib
Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa sistem pendidikan di Malaysia perlu
dirombak sejajar dengan perubahan transformasi Negara kearah yang lebih maju.
Disini kita dapat rumuskan bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan
dalam pendidikan Negara agar melahirkan generasi yang cemerlang.
Untuk melahirkan generasi
yang berdaya saing dan berinovasi sistem pendidikan adalah aspek utama yang
perlu ditekankan bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Sistem
pendidikan yang baik dan terancang sekaligus melahirkan modal insan yang
cemerlang.
Pembelajaran yang
dilaksanakan selama ini adalah berunsurkan hafalan yang hanya akan diingat oleh
para pelajar ketika menghadapi peperiksaan atau menghadapi ujian. Keburukkan
kaedah ini adalah membebankan para pelajar sekiranya dia lemah untuk mengingat
dan jelas bahawa mereka tidak akan dapat praktikkan nya pada masa akan datang.
Menurut menteri pelajaran,
Negara banyak menerima sumbangan dari kecermalangan rakyat Malaysia namun masa
akan sentiasa berubah dan kita tidak seharusnya berada ditakuk lama dan masih terdapat
70 hingga 80 peratus jumlah bilangan pekerjaan negara kita masih belum wujud
hal ini menyebabkan satu perubahan
pendidikan adalah pemangkin masa hadapan agar generasi akan datang dapat
membuat satu perubahan dalam negara selaras dengan negara maju.
Penlancaran program I-Think
adalah antara tujuan melahirkan pelajar yang sentiasa berfikir, dengan adanya
pemikiran yang tinggi dapat mencapai satu jangkauan yang jauh dan berinovasi,
program ini akan diperluaskan lagi kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah di Malaysia.
Terdapat banyak kelebihan
program I-Think antaranya ialah dapat menerap proses berfikir bagi membantu
murid memahami sesuatu konsep dan aplikasi konsep itu dalam menyelesaikan
segala permasalahan yang diberikan .
Pelaksanaan program I-Think
akan diterapkan dalam pembelajaran di IPG (Institut Perguruan Malaysia) agar bakal guru lebih terlatih dalam hal in
dan dapat mempraktikkan nya dalam pembelajaran disekolah.
Program ini bagus kerana dapat membuat satu perubahan dalam sistem pendidikan disekolah, pada masa kini para pelajar dikhendaki membawa buku teks untuk setiap subjek dalam masa satu jam dan sehari lebih kurang terdapat enam hingga tujuh mata pelajaran, namun sekiranya bukuu sahaja yang dibawa tetapi tiada kefahaman yang dapat diterapkan kepada pelajar, pelajar tetap tidak akan dapat menumpukan mana-mana mata pelajaran. Sudah tiba masanya pelaksaan ini membantu meringankan pelajar dari segi fizikal.
Program ini bagus kerana dapat membuat satu perubahan dalam sistem pendidikan disekolah, pada masa kini para pelajar dikhendaki membawa buku teks untuk setiap subjek dalam masa satu jam dan sehari lebih kurang terdapat enam hingga tujuh mata pelajaran, namun sekiranya bukuu sahaja yang dibawa tetapi tiada kefahaman yang dapat diterapkan kepada pelajar, pelajar tetap tidak akan dapat menumpukan mana-mana mata pelajaran. Sudah tiba masanya pelaksaan ini membantu meringankan pelajar dari segi fizikal.
Sekirannya tiada usaha
seperti ini sekolah-sekolah diMalaysia masih lagi ditakuk lama dan membeban kan
para guru sekiranya para pelajar gagal dalam ujian dan peperiksaan.
Kesimpulannya, program
I-Think yang dilaksanakan di sekolah rendah dan sekolah menengah ini membantu
membuat perubahan dalam sistem pendidikan Negara.
3.0
LARAS BAHASA BERDASARKAN RENCANA
Dalam
rencana ini terdapat beberapa laras bahasa yang digunakan oleh penulis. Laras
ialah cara penggunaan sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan
situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa, samaada secara lisan atau tulisan.
Pertama
sekali laras yang digunakan ialah laras khusus iaitu merujuk kepada kegunaan
untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan
pelajar-pelajar antara contohnya rencana.
Laras
bahasa khusus ialah penggunaan kosa kata yang digunakan adalah lebih
menarik minat pembaca contohnya penggunaan perkataan transformasi , inovasi, di rombak,
adaptasi, aplikasi dan aspirasi. Penggunaan kosa kata sedemikian jelas lah
menunjukkan penggunaan kosa kata yang dapat menarik minat membaca dan menambah
pengetahuan pembaca dengan penggunaan kosa kata.
Laras
bahasa khusus juga merangkumi penggunaan tatabahasa. Penggunaan tatabahasa yang
digunakan ialah kata nama am contohnya pelajar. Kata nama khas
pula ialah Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Mahyuddin Yassin. Terdapat
juga penggunaan kata terbitan yang banyak dalam rencana tersebut iaitu
imbuhan di awal kata meng-( mengadaptasi) ,pen- ( pendidikan), di akhir kata
-ita, -man, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata pen- -an ( pendidikan), pem- -an ( pemikiran) .
di awal dan di akhir kata pen- -an ( pendidikan), pem- -an ( pemikiran) .
Kata terbitan yang digunakan adalah banyak antara
contohnya ialah kata terbitan awalan iaitu beri menjadi memberi, kata terbitan
akhiran ialah pelajar menjadi pelajaran. Kata terbitan apitan ialah belajar
menjadi pembelajaran. Kata majmuk yang terdapat pula ialah Perdana Menteri dan
menaik taraf.
Penggunaan
kata kerja dapat dibuktikan dengan adanya kata kerja tak transitif iaitu
‘’ sistem pendidikan negara sudah banyak memberi sumbangan besar kepada
pembangunan dan kejayaan negara’’. Kata sendi yang digunakan ialah oleh,
manakala kata adjektif yang digunakan ialah tinggi.
Laras bahasa media ialah
laras bahasa yang sering digunakan oleh penulis di akhbar mahupun media cetak
kerana lebih difahami oleh khalayak yang membaca, antara laras bahasa yang
dapat ditunjukkan disini ialah penggunaan perkataan seperti ayat berikut ‘’ Transformasi ke
arah negara bermaklumat, negara inovasi, berpendapatan tinggi dan berdaya
saing’’. Melalu beberapa perkataan seperti berpendapatan tinggi dan berdaya
saing adalah perkataan yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian
manakala perkataan transformasi dan inovasi adalah penggunaan laras bahasa
akademik yang menunjukkan perkataan yang lebih unik selaras dengan perubahan
zaman.
Antara
kepentingan penggunaan laras bahasa yang digunakan oleh penulis ialalah dapat
menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.dapat mencerminkan latar belakang
penutur, memupuk nilai penyesuaian diri denganpersekitaran. Dan membantu
kelancaran berkomunikasi danmenjamin maklumat yang ingin disampaikandapat
diterima dengan baik.
Kesimpulannya, terdapat banyak laras bahasa yang
digunakan dalam petikan rencana yang ditulis oleh penulis dan penggunaan laras
bahasa adalah penting bagi sesebuah rencana di akhbar mahupun media cetak.
4.0
SISTEM EJAAN
Melalui rencana tersebut
terdapat banyak sistem ejaan yang digunakan antaranya ialah diftong, diftong
ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusannafas sahaja dan
mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindaksebagai satu fonem dan
dilambangkan dengan dua lambing vokal.Kamuslinguistik mengatakan diftong
sebagai gabungan dua bunyi vokal yang disebutdalam satu suku kata akibat
perubahan kedudukan lidah. Senarai diftong ialah ai, au dan oi , dalam rencana
ini perkataan yang mempunyai diftong ialah ai ( sampai, capai).
Selain itu terdapat juga proses
pembentukkan kata. Proses
pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk
sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada
perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan
panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses
pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Proses
pembentukkan kata yang terdapat dalam rencana ialah peminjaman kata iaitu
pinjaman kata bahasa Inggeris , Transformation menjadi transformasi, Inovation
menjadi inovasi, procces menjadi proses, technology menjadi teknologi dan
agency menjadi agensi.
Akhir sekali bentuk kata yang
terdapat ialah kata tunggal dua suku kata seperti dewan iaitu KV+KVK dan hari
iaitu KV+KV. Kata tunggal tiga suku kata yang terdapat ialah perintis iaitu
KV+KVK+KVK dan aspirasi iaitu VK+KV+KVKV. Manakala kata tunggal empat suku kata
pula ialah pelajar iaitu KV+KV+KVK dan holistik iaitu KV+KVK+KVK.
RUMUSAN
KESELURUHAN
Melalui peneletian mengenai
rencana Sistem Pendidikan Perlu Di
rombak terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh sekiranya berlaku
perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia agar Negara terus berdaya saing
dan maju. Sistem pendidikan di Negara kita adalah masih ditakuk lama dan kaedah
pembelajaran yang diamalkan disekolah adalah lebih kepada hafal daripada
mengingat, cara hafalan adalah sangat lemah dan tidak membantu mengembang
pendidikan para pelajar sebaliknya sekiranya ujian dilaksanakan secara tiba –
tiba kepada pelajar mereka gagal menduduki ujian tersebut kerana tidak
mengingat.
Mengenai pemikiran pihak
kementerian telah memperkenalkan alternative baharu agar melahirkan insan
cemerlang pada generasi akan datang iaitu program I-Think. Program ini
diperluaskan keseluruh sekolah-sekolah di Malaysia agar suatu perubahan baru
terlaksana secara serentak.
Mengenai penulisan pengarang
ialah tiada kesalahan ejaan yang terdapat dalam petikan, pengarang menggunakan
sistem keselarasan vokal yang betul dan sistem ejaan yang baik. Pengarang juga
banyak menggunakan perkataan dari kata pinjaman yang dapat membantu para
pembaca menambah ilmu pengetahuan tentang penggunaan bahasa melayu pada masa
kini.
Kesimpulannya dapat
dirumuskan disini bahawa terdapat banyak faedah sekiranya sistem pendidikan
dirombak dan pengarang yang menulis rencana ini adalah sangat teliti dengan
penulisannya agar difahami dan menjaga nama baik akhbar harian tersebut.
No comments:
Post a Comment