1.0 PENGENALAN
Jika dahulu pengucapan awam ini dianggap sebagai satu
bentuk hiburan dan ramai orang sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk
mendengar ucapan pemidato-pemidato terkenal. Namun demikian, aspek tersebut
dikaji sebagai suatu wadah yang berguna untuk menyampaikan sesuatu perutusan
atau mesej kepada orang ramai.
Perutusan sebenarnya merupakan satu konsep yang penting
untuk pengucapan awam. Perutusan ini boleh ditakrifkan sebagai suatu proses
manusia menghantar dan menerima maklumat. Sebagai contoh, apabila dua manusia
berkomunikasi secara lisan, mereka pastilah mendengar dan bercakap. Penghantaran
dan penerimaan pelbagai maklumat ini menjadikan perutusan itu sesuatu yang
dinamik dan dianggap sebagai satu proses.
Apabila kita berkomunikasi secara lisan, kita tidak hanya
menerima maklumat melalui pendengaran malahan kita juga menerima maklumat
melalui penglihatan terhadap gerak-geri dan tingkah laku orang lain. Maklumat
kadangkala disebut mesej, iaitu sesuatu yang penyampai (perutus) mahu sampaikan
kepada penerima. Dalam pengucapan awam, mesej sebenarnya ucapan.
2.0
TUGASAN 1
2.1 DEFINISI
PENGUCAPAN AWAM
Dilakukan dalam situasi
yang terancang.
|
Sebelum ini dikenali
sebagai pidato umum.
|
Menyampaikan maklumat
kepada orang ramai.
|
Abdul Mua’ti Ahmad
(1994) – Panduan Pengucapan Awam.
“Pengucapan
umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal.”
|
PENGUCAPAN
AWAM
|
Satu kaedah komunikasi
secara lisan.
|
Tempat, masa dan isu
yang disampaikan telah ditetapkan.
|
2.2 CIRI-CIRI PENGUCAPAN
AWAM
Berlaku
di tempat awam.
|
CIRI-CIRI
PENGUCAPAN UMUM..
|
Melibatkan
bilangan sasaran yang ramai.
|
CIRI-CIRI
PENGUCAPAN TERBAHAGI KEPADA 2 KUMPULAN:
|
BAIK
ü Berpengetahuan
·
Berpengetahuan luas.
·
Menguasai bidang
ü Berkeyakinan
·
Yakin pada diri, persediaan dan
penguasaan topik.
ü Berkemahiran
berucap
·
Berupaya untuk mengawal dan menarik
perhatian audien.
ü Peribadi
/ perwatakan baik
·
Penilaian audien adalah dari segi
pemakaian, cara jalan ke tempat pengucapan dan gerak-geri fizikal yang
lain.
|
TIDAK
BAIK
ü Seronok
sendiri
·
Tidak berupaya menarik dan mengawal
audien.
ü Peribadi
/ perwatakan yang tidak baik
·
Bahasa tubuh yang digunakan tidak
sesuai dengan pengucapan yang diberikan.
ü Kurang
keyakinan
·
Tidak mempunyai persediaan yang
cukup.
ü Kurang
pengetahuan
·
Pengetahuan mengenai topik tersebut
terbatas.
|
2.3 STRATEGI PENGUCAPAN AWAM
·
Antara strategi penyediaan dan persembahan
pengucapan awam yang berkesan ialah:
Menyampaikan
ucapan.
|
Mengawal
gugup.
|
Merancang
pengenalan.
|
Menyusun
bahan.
|
Mengumpul
bahan.
|
Menganalisis
diri.
|
Berlatih.
|
Merancang
penutup.
|
TUGASAN KEDUA
3.0 TEKS UCAPAN PERPADUAN
SEMPENA
HARI KEMERDEKAAN SEKOLAH
Terima
kasih pengerusi majlis.
Yang
dihormati,
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok,
En Sukri Bin Deraman, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Pn NorRuda Bt
Sulaiman, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Pn Kamariah Bt Hj Samsuddin, guru- guru dan para pelajar yang dihormati sekalian.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Bersyukur
kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi kita bersama dalam majlis
perhimpunan rasmi yang bertemakan perpaduan dikalangan para pelajar. Teks
ucapan yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah bertajuk ‘ Semangat
Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar’’.
Terdapat
peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat
manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam
usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat
integrasi nasional dalam kalangan pelajar sekolah selaras dengan Konsep 1
Malaysia.
Hadirin
Dan hadirat seklalian,
Seperti
yang kita sedia maklum , Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib adalah satu
cara menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan sekolah dan telah memberikan
penekanan kepada sistem persekolahan yang selaras dari segi penggunaab bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Di sini dapat kita lihat
bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam
kalangan kaum. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu
disekolah dapat memberi kefahaman kepada para pelajar dan tidak menimbulkan
salah faham antara para pelajar.
Selain
itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu
diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai
pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik. Memupuk semangat
muhibah dan semangat toleransi antara pelajar juga adalah sangat penting. Hal
ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka
berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus
menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya
bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan
perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral
para pelajar.
Disamping
itu perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah
dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus
dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan
badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan
dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah
pelajar.
Sifat
berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh sekolah haruslah dipatuhi untuk kesenangan
semua pelajar.. Seseorang pelajar haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia
untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah dan sikap tidak mengambil peduli
terhadap kaum lain hendaklah dihindari. Guru-guru harus sentiasa menunjukkan
contoh yang baik terhadap para pelajar dan membuat aktiviti menarik di dalam
kelas yang melibatkan para pelajar seperti teka teki, permainan tradisional
kaum masing-masing dan pertandingan bercerita.
Seperti
yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan
inti kepada pembentukan masyarakat harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini
para pelajar lah yang harus ketengahkan agar lahir sebagai generasi yang
mementingkan sikap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sekian
itu sahaja daripada saya, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke
-55.
No comments:
Post a Comment