1.0
KONSEP FALSAFAH DAN IMPLIKASI
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu,
dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala
aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa impak terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa impak terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.
Selain itu, perubahan
positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik
yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.
Implikasi terhadap institusi pendidikan ialah perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang dan perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua
pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam
perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.
2.0 AKTIVITI MENCAPAI HASRAT IPG
Seseorang guru itu haruslah
mempunyai ciri-ciri tertentu agar profesion guru itu dipelihara kemuliaannya.
Perkara ini digariskan dalam Falsafah Pendidikan Guru dimana dituntut untuk
seseorang guru itu agarberbudi pekerti, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.’.
Instituti pendidikan guru (IPG) haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti yang
mempersiapkan para guru pelatih agar tercapainya matlamat Falsafah Pendidikan
Guru. Dan ternyata, sememangnya IPG telah banyak menyediakan aktiviti-aktiviti
yang dapat membentuk ciri-ciri yang baik sepertimana yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Guru.
Antara
contoh aktiviti yang telah dijalankan untuk para guru pelatih adalah Kejohanan
Olahraga. Dengan adanya aktiviti ini, akan berlakulah interaksi dengan para
guru pelatih yang lain. Hari Sukan atau dikenali lagi sebagai Kejohanan
Olahraga yang dianjurkan adalah peluang terbaik untuk para guru pelatih untuk
saling berinteraksi. Dengan adanya
penyertaan dalam sukan, ia menjadi satu cara untuk bakal guru mentakrifkan rasa
identiti dan meningkatkan keyakinan diri dan semangat kekitaan. Apatah
lagi,kebanyakan guru pelatih masih dalam peringkat umur remaja dan bakal dewasa
jadi sememangnya mereka masih dalam proses mencari identiti diri. Disini
dapatlah dilihat bahawa Hari Sukan itu membantu dalam perkembangan individu
selain menolong ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan progresif.
Tambahan
lagi, sememangnya dalam melibatkan diri dalam sukan, seseorang individu itu
haruslah ada sikap berpasukan.Dalam setiap Kejohanan Olahraga pasti ada acara
sukan yang melibatkan aktiviti berpasukan. Sokongan terhadap ahli kumpulan
masing-masing juga amat diperlukan agar dapat menaikkan semangat. Dalam perkara
ini, para guru pelatih dapat dilihat untuk bersama-sama berusaha untuk mecapai
matlamat yang sama. Sikap berpasukan mengajar sikap sentiasa mahu mencuba yang
terbaik dan menyokong rakan sepasukan.
Terlibatnya
dalam Hari Sukan ini juga menuntut sesorang itu untuk sentiasa memaparkan sikap
kesukanan yang baik kerana sikap buruk mencerminkan negatif kepada keseluruhan
pasukan. Sekali lagi, nilai seperti berpekerti mulia, menjamin perkembangan
individu, membentuk masyarakat bersatu-padu seperti mana di dalam Falsafah
Pendidikan Guru dapat dilihat mampu dicapai melalui Hari Sukan. Lagi satu nilai
yang dapat diterapkan dalam sesuatu individu melalui aktiviti sukan. Skil
penyelesaian masalah juga boleh dipelajari melalui Hari Sukan. Bermain di dalam
suatu pasukan boleh mengajar dua jenis penyelesaian masalah, iaitu yang pertama
adalah strategi untuk menewaskan pihak lawan dan kedua adalah menyelesaikan
konflik di dalam kalangan rakan sepasukan. Sebagai contohnya, seseorang itu
membincangkan untuk mengambil pemain ganti yang
sepadan dengan kekuatan pasukan lawan. Dalam situasi ini,individu akan
belajar untuk berkompromi dengan percanggahan pendapat dengan rakan sepasukan.
Dia boleh belajar untuk berkomunikasi dengan pelbagai individu dari latar
belakang yang berbeza yang dimana juga dapat melatih sikap sabar. Disini dapat
dilihat Kejohanan Olahraga memberi peluang untuk para guru pelatih utuk
berpandangan progresif dan saintifik selain melatih sifat displin dalam
seseorang individu itu. Secara kesuluruhannya, sememangya aktiviti Hari Sukan
dapat membantu merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Guru.
Aktiviti
lain adalah gotong-royong. Gotong royong dapat didefinisikan sebagai
kerjasama beramai-ramai untuk mencapai
matlamat yang dikongsi bersama. Setiap blok asrama sering menjalankan aktiviti
gotong-royong agar blok asrama itu terpelihara keceriaannya dan juga
kebersihannya. Sepertimana Hari Sukan, aktiviti gotong-royong juga mengalakkan
interaksi antara individu. Ia, seperti mana disebut sebelum ini, dapat membantu
dalam pemupukan semangat kekitaan dan jalinan ukhuwah yang lebih erat. Apabila
banyak kerja yang harus dilakukan dan ramai orang bekerjasama, kita boleh
berkongsi tugasan supaya setiap orang tidak perlu berbuat terlalu banyak kerja.
Ini selain memupuk sikap tolong-menolong, ia juga mengeratkan silaturrahim. Dua
perkara itu merupakan satu usaha untuk menjadi insan yang berpekerti mulia,
kerana sememangnya membantu dan menjalinkan silaturrahim adalah antara contoh
sifat mulia. Ini secara tidak langsung membantu dalam mereliasasikan Falsafah
Pendidikan Guru kerana telah dituntut untuk guru berkelakuan sedemikian dalam
falsafah tersebut. Matlamat juga dapat dicapai dengan lebih cepat kerana ramai
orang yang bekerjasama antara satu sama lain. Tambahan lagi, dengan bekerja
bersama-sama, kita akan dapat mendekati antara satu sama lain, sekali gus membina
persaudaraan yang lebih baik. Ini adalah selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Guru dimana tertulisnya akan matlamat untuk melahirkan masyarakat
yang bersatu-padu. Selain itu, kita juga boleh mendapatkan pendapat daripada
orang lain, dengan itu kita boleh memilih jalan yang terbaik bagi masalah. Ini
adalah satu usaha untuk memperkembangkan diri lagi-lagi dari sudut emosi dan
intelek. Kesimpulannya, sememangnya aktiviti gotong-royong itu dapat membantu
dalam usaha untuk mencapai apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Seterusnya
adalah sambutan Hari Etnik. Hari Etnik merupakan sambutan yang diadakan
setiap tahun di IPG bagi memperkenalkan budaya-budaya dari negeri-negeri
tertentu. Contohnya adalah Sabah dan Sarawak atau negeri-negeri utara seperti
Kedah, Kelantan dan Perak. Pada Hari Etnik akan diadakan pameran-pameran yang
membawa kita lebih dekat kepada budaya dari negeri lain seperti makanan
setempat di sana, pakaian, pilihan alat musik dan lain-lain lagi. Antara
perkara menarik yang dijalankan adalah tarian, permainan alat musik tertentu
dan juga hidangan masakan yang lazat. Dengan adanya Hari Etnik ini, dapatlah
para guru pelatih menambah dan memperluaskan ilmu pengetahuan mengenai budaya
lain selain mengukuhkan ilmu yang sedia ada. Ia juga dapat merapatkan jurang
yang mungkin tercipta di antara satu individu dengan satu individu yang lain
dengan kefahaman yang lebih mendalam mengenai budaya masing-masing. Ini selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru dimana bakal guru disahut untuk
menyanjung warisan kebudayaan negara. Pada Hari Etnik juga diadakan
pertandingan pameran terbaik dimana 3 hakim akan dibawa kepada setiap pameran
untuk menilai setiap pameran agar dapat ditentukan pemenang. Maka dengan itu,
sebelum Hari Etnik berlangsung telah dibuat persediaan yang sepatutnya agar
pameran yang dibuat dapat menimbulkan rasa kagum dalam kalangan para hakim.
Untuk mencapai itu juga haruslah memerlukan kerjasama yang banyak dari semua
pihak. Sekali lagi dapat dilihat pemupukan ukhuwah dan nilai kerjasama, yang
sememangnya selaras dengan apa yang diminta dalam Falsafah Pendidikan Guru
iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu-padu. Nilai disiplin juga dapat
dilihat di dalam persediaan Hari Etnik ini kerana buat mereka yang terlibat
dalam tayangan tari-tarian dan permainan alat musik, mereka perlu berlatih
dengan konsisten agar dapat memberikan persembahan yang terbaik pada Hari Etnik
kelak. Dengan ini, secara amnya, dapat diperakui di sini bahawa aktiviti Hari
Etnik yang dijalankan dapat membantu ke arah pembentukan individu sepertimana
yang dimahukan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Selain
daripada itu, aktiviti lain adalah penyambutan Hari Kemerdekaan. Hari Kemerdekaan disambut dengan meriahnya
dalam kalangan para guru pelatih. Hal ini mungkin kerana semangat patriotik
yang berjaya disemai apabila menyambut hari kemerdekaan. Penyambutan Hari
Merdeka peringkat kebangsaan seringkali menjemput para guru pelatih untuk
sama-sama menyertainya. Pada tahun 2011 contohnya, para guru pelatih diminta
untuk sama-sama menyertai sambutan Hari Kemerdekaan dengan menjadi ahli dalam
persembahan ‘Human LED’. Di situ, guru-guru pelatih dari seluruh semenanjung
hadir. Di situ, berlakulah interaksi antara satu individu dengan satu individu
yang lain yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza yang dimana
membawa kepada pembetukan ukhuwah dan penjalinan silaturrahim yang erat. Secara
tidak langsung, matlamat di dalam Falsafah Pendidikan Guru mengenai hasrat
untuk pembentukan masyarakat yang bersatu-padu lebih senang untuk dicapai.
Dalam membuat persediaan penyembahan itu juga, guru pelatih semua dikehendaki
menjalani latihan intensif selama 9 hari. Di sini disiplin amatlah ditekankan,
selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Seterusnya,
dengan meraikan Hari Kemerdekaan, seseorang individu itu mengakui bahawa
sesuatu yang positif yang telah berlaku. Atau dalam erti kata lain, memperakui
bahawa negara kita telah berjaya membebaskan dari penjajahan penjajah. Acapkali
kita lupa untuk bersyukur akan perkara ini serta lupa akan kejayaan yang pernah
kita kecapi suatu ketika dahulu. Meraikan kejayaan pembebasan negara ini akan dapat membantu
para guru pelatih untuk mengingati kembali apa yang telah berlaku di dalam
sejarah Malaysia selain mengambil teladan dari sejarah itu, dan menjadikan yang
buruk sebagai pengajaran agar kejayaan yang lebih hebat lagi dapat dicapai. Ini
adalah selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru dimana
tertulisnya sebagai guru haruslah adanya sifat untuk menjunjung aspirasi
negara. Di sini dapat disimpulkan bahawa aktiviti penyambutan Hari Kemerdekaan
itu sememangnya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru.
Larian
1 Murid 1 Sukan juga merupakan beberapa aktiviti yang melibatkan
para pelatih IPG, larian ini merupakan alternative mengamalkan gaya hidup
sihat, melalui aktiviti ini semua para pensyaraf atau staff sokongan haruslah
bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Larian ini akan melalui beberapa kawasan
yang berhampiran IPG. Ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para
pensyarah, staff dengan para pelajar. Melalui FPG larian ini sekaligus Berjaya
mencapai melahirkan guru yang sentiasa sihat dan cerdas.
Antara
program lain ialah seperti sahur perdana, sahur perdana yang dijalankan
oleh IPG ialah satu alternatif yang dapat membantu menyemai sikap hormat
menghormati antara agama Islam dan agama lain, melalui program ini, pelajar
yang bukan Islam juga dijemput agar dapat menikmati suasana bersahur bersama
kaum Islam. Program ini membentuk
pekerti mulia, menjamin perkembangan individu, melahirkan masyarakat yang
bersatu-padu dan berdisiplin yang semua terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Guru.
No comments:
Post a Comment