Saturday, 1 December 2012

Membuat Apresiasi Dan Kritikan Karya Seni Sebelum Dan Selepas Merdeka.

Apresiasi dan kritikan sebelum merdeka.

3.1 Apresiasi pertama:


Tay Hooi Keat
Fishermen Village Oil 1956

Karya ini dihasilkan olej Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki. Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya post-impresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan menimbulkan keindahan apabila memandang.

Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap. Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang dihasilkan dengan warna garang,


 3.2 Apresiasi kedua :
Chuah Thean Teng

Di Tepi Pantai 1952

Karya ini dihasilkan oleh Chuah Thean Teng pada 1952 yang bertajuk Di Tepi Pantai, Media yang digunakan adalah batik. Aliran dalam karya ini ialah kiubisme.

Tema bagi karya ini ialah pemandangan landskap kehidupan nelayan di pantai laut. Dalam karya ini prinsip seni reka yang digunakan ialah warna, warna yang digunakan dalam karya ini ialah menggunakan warna panas bagi menunjukkan kesibukkan suasana ketika itu.

Warna tersebut juga menunjukkan bahawa waktu telah senja, penggunaan lilin bagi menampakkan keretakkan adalah betujuan sebagai penarik dalam teknik garisan, ruang dalam karya ini dapat ditunjukkan pada bahagian hadapan dan bahagian belakang.



3.3 AprIsiasi ketiga

Peter Haris

Rumah Rakit Sungai Pahang 1995

Karya ini dihasilkan oleh Peter Haris pada tahun 1995 yang merupakan pengasas The Art Wednesday Group, Karya beliau menenkankan Gaya impresionisme . Tema karya ini ialah landskap pemandangan di tepi sungai. Asas seni reka yang digunakan adalah penggunaan warna manokromatik kehijauan yang dapat menimbulkan keindahan dan ketenangan dari arus permodenan yang kian tercemar. Penggunaan warna hijau jelas menunjukkan keserasian pada alam sekitar,

Ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz rumah dan pokok yang dilukis jelas menunjukkan jarak antara rumah dan pokok adalah jauh. Keindahan catan diserikan lagi dengan unsur keseimbangan, pokok yang dilukis pada sebelah kanan dan kiri menyerikan lagi pemandangan, penggunaan warna yang terang di bahagian hadapan dan gelap dibelakang menunjukkan teknik bayangan yang betul digunakan, Selain itu jalinan pada daun pokok menampakkan daun pokok sedang bergoyang ditiup angin.


4.0 Apresiasi dan kritikan seni selepas merdeka

4.1 Apresiasi Pertama

Shahril Bin Awang

Royal Belum 2009

Karya ini dihasilkan artis seni baru tanah air iaitu Shahril Bin Awang pada 2009, Tema karya ini merupakan keindahan alam semula jadi dan pemandangan alam sekitar. Karya ini mengunakan cat akrilik sebagai media dan aliran yang dihasilkan ialah aliran realisme. Penggunaan warna makarotik sangat menarik tumpuan penonton dan seolah-olah hidup.

Asas seni reka yang diaplikasikan ialah dari segi warna, penggunaan warna hijau sangat sinonim dengan tema dalam karya ini, warna-warna harmoni yang digunakan berjaya menampakkan bentuk-bentuk daun dan ranting-ranting pada pokok. Ruang yang dihasilkan ialah ruang ilusi iaitu ruang dalam, penggunaan warna gelap pada penghujung pokok berjaya menampakkan jarak dan laluan dikawasan tersebut, unsur jalinan pada pokok berjaya menunjukkan dahan-dahan pokok tersebut ditumbuhi parasite-parasit kecil.


4.2 Apresiasi Kedua

Ismail Mustam

Hang Tuah Dan Hang Jebat (1961)

Karya ini dihasilkan oleh Ismail Mustam pada 1961 yang bertajuk Hang Tuah dan Hang Jebat. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak. Dalam karya tersebut aliran yang digunakan ialah impressionisme, gaya dalam karya ini ialah berbentuk figura yang disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana pertempuran hebat dan sengit, suram dan garang. Calitan warna putih di sekeliling figura menimbulkan kesan pergerakan.

Tema karya ini ialah mengenai semangat patriotik Pahlawan Melayu iaitu diantara Hang Tuah dan Hang Jebat. Teknik yang digunakan ialah teknik campuran warna, warna-warna yang dicampurkan menghasilkan lukisan yang bermutu dan tampak hidup. Pertarungan antara Tuah dan Jebat Nampak hidup dengan adanya garisan melintang dan melengkung di sekeliling figura tersebut..

Warna-warna panas digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam lukisan, setiap sudut menampakkan ruang cetek antara figura.




4.3 Apresiasi Ketiga
Mohd Sallehuddin

Membeli Belah (1958)

Karya ini dihasilkan oleh Mohd Sallehuddin yang bertajuk Membeli Belah pada tahun 1958. Catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-ekonomi masyarakat pada masa itu. Lima karekter dalam lukisan jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaum masyarakat di Malaysia.

Catan ini menggunakan cat minyak dan aliran yang digunakan ialah realisme. Unsur seni yang jelas digunakan ialah ruang, ruang yang luas dapat ditunjukkan melalui perspektif.

Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang agak jauh daripada kedai ditunjukkan dengan melukis dengan saiz yang kecil dan kedudukan figura berbangsa india menunjukkan dia sedang bejalan menghala ke kawasan kedai tersebut. Garisan melintang digunakan untuk menghasilkan keharmonian. Warna penyejuk banyak digunakan dalam gambar ini agar dapat menampakkan keindahan dalam lukisan ini.



5.0 Bahagian B : Membuat perbandingan antara dua kumpulan atau persatuan dalam memberi sumbangan terhadap perkembangan seni visual tanah air.

5.1 Sejarah The Arts Council Penang And Province Wellesley

The Arts Council of Penang and Province merupakan pertubuhan seni yang bergiat aktif di Plau Pinang. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 31 Desimber 1954 dibawah ordinan persatuan tahun 1949. Ahli jawatankuasa terdiri daripada J.P Souter, James Mandy dan Tay Hooi Keat. Penglibatan pelbagai kaum dilaksanakan dalam pertubuhan ini, undang-undang dan peraturan bertulis yang lengkap. Bagi mengalak dan membina pengetahuan yang mendalam mereka melaksanakan :

i) Meningkatkan kesedaran kesenian kepada masyarakat umum.

ii) Memperbaiki kualiti rancangan kesenian.

iii) Menasihat dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan, badan kuasa tempatan

iv) Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif tersebut.

v) Melakukan pekara pekara yang tidak bercanggah dengan cita-cita dan hasrat objektif tersebut.

Persatuan ini juga medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar. Tujuan persatuan adalah untuk menarik ramai ahli pada masa akan datang dan menawarkan keistimewaan kepada setiap ahli.




5.2 Wednesday Art Group

Penglibatan guru-guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pianang telah diakui menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat dibawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter Haris merupakan selaku penyelia Seni Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dan menubuhkannya pada 1952.

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday yang muncul pada tahun yang sama mempunyai banyak persamaan.

Peter Haris telah membawa konsep baru dalam seni visual tanah air yang menekankan konsep penyataan kendiri dalam berkarya , Karya kebanyakkan nya dihasilkan dengan teknik gouche.

Pertubuhan tersebut bukan sahaja menjadi pertubuhan seni yang mengemukakan pelbagai golongan yang ingin mengendalikan aktiviti rakreasi seperti berkelah dan aktiviti luar studio.





4. Sumbangan

- medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar.
- Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif tersebut.
- Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah
- Merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini

5.4 Penulisan lmiah

Terdapat banyak penubuhan kumpulan seni di Malaysia antaranya ialah The Arts Council Penang And Province Wellesley dan The Wednesday Art Group. Perbandingan antara The Arts Council Penang And Province Wellesley (TACPAPW) dan The Wednesday Art Group (TWAG) ialah penubuhnya J.P Souter sebagai presiden dan bagi penubuhan The Wednesday Art Group ialah Peter Haris. Post impressionisme merupakan aliran bagi TACPAPW, manakala impresionisme bagi TWAG.

Teknik yang dikemukakan oleh kumpulan TACPAPW ialah bebas kerana terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam mengiatkan hasil seni, manakala kumpulan The Wednesday Art Group menggunakan aliran impressionisme dalam setiap karya yang dihasilkan. Terdapat banyak sumbangan bagi kumpulan TACPAPW iaitu bagi medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar dan mengadakan serta menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif yang dicapai, manakala The Wednesday Art Group pula ialah bagi Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah dan merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini.