Saturday 1 December 2012

Sejarah Permulaan seni di Malaysia



Sejarah The Arts Council Penang And Province Wellesley

The Arts Council of Penang and Province merupakan pertubuhan seni yang bergiat aktif di Plau Pinang. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 31 Desimber 1954 dibawah ordinan persatuan tahun 1949. Ahli jawatankuasa terdiri daripada J.P Souter, James Mandy dan Tay Hooi Keat. Penglibatan pelbagai kaum dilaksanakan dalam pertubuhan ini, undang-undang dan peraturan bertulis yang lengkap. Bagi mengalak dan membina pengetahuan yang mendalam mereka melaksanakan :

i) Meningkatkan kesedaran kesenian kepada masyarakat umum.

ii) Memperbaiki kualiti rancangan kesenian.

iii) Menasihat dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan, badan kuasa tempatan

iv) Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif tersebut.

v) Melakukan pekara pekara yang tidak bercanggah dengan cita-cita dan hasrat objektif tersebut.





Persatuan ini juga medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar. Tujuan persatuan adalah untuk menarik ramai ahli pada masa akan datang dan menawarkan keistimewaan kepada setiap ahli.




Wednesday Art Group

Penglibatan guru-guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pianang telah diakui menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat dibawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter Haris merupakan selaku penyelia Seni Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dan menubuhkannya pada 1952.

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday yang muncul pada tahun yang sama mempunyai banyak persamaan.

Peter Haris telah membawa konsep baru dalam seni visual tanah air yang menekankan konsep penyataan kendiri dalam berkarya , Karya kebanyakkan nya dihasilkan dengan teknik gouche.

Pertubuhan tersebut bukan sahaja menjadi pertubuhan seni yang mengemukakan pelbagai golongan yang ingin mengendalikan aktiviti rakreasi seperti berkelah dan aktiviti luar studio.











Penulisan lmiah

Terdapat banyak penubuhan kumpulan seni di Malaysia antaranya ialah The Arts Council Penang And Province Wellesley dan The Wednesday Art Group. Perbandingan antara The Arts Council Penang And Province Wellesley (TACPAPW) dan The Wednesday Art Group (TWAG) ialah penubuhnya J.P Souter sebagai presiden dan bagi penubuhan The Wednesday Art Group ialah Peter Haris. Post impressionisme merupakan aliran bagi TACPAPW, manakala impresionisme bagi TWAG.

Teknik yang dikemukakan oleh kumpulan TACPAPW ialah bebas kerana terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam mengiatkan hasil seni, manakala kumpulan The Wednesday Art Group menggunakan aliran impressionisme dalam setiap karya yang dihasilkan. Terdapat banyak sumbangan bagi kumpulan TACPAPW iaitu bagi medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar dan mengadakan serta menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif yang dicapai, manakala The Wednesday Art Group pula ialah bagi Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah dan merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini.

No comments:

Post a Comment