Thursday 20 September 2012

KONSEP FALSAFAH DAN IMPLIKASI


1.0 KONSEP FALSAFAH DAN IMPLIKASI
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa impak terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
 Kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.


Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.

Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Implikasi terhadap institusi pendidikan ialah perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang dan perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.


Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.










2.0 AKTIVITI MENCAPAI HASRAT IPG
Seseorang guru itu haruslah mempunyai ciri-ciri tertentu agar profesion guru itu dipelihara kemuliaannya. Perkara ini digariskan dalam Falsafah Pendidikan Guru dimana dituntut untuk seseorang guru itu agarberbudi pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.’. Instituti pendidikan guru (IPG) haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti yang mempersiapkan para guru pelatih agar tercapainya matlamat Falsafah Pendidikan Guru. Dan ternyata, sememangnya IPG telah banyak menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk ciri-ciri yang baik sepertimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Antara contoh aktiviti yang telah dijalankan untuk para guru pelatih adalah Kejohanan Olahraga. Dengan adanya aktiviti ini, akan berlakulah interaksi dengan para guru pelatih yang lain. Hari Sukan atau dikenali lagi sebagai Kejohanan Olahraga yang dianjurkan adalah peluang terbaik untuk para guru pelatih untuk saling berinteraksi.  Dengan adanya penyertaan dalam sukan, ia menjadi satu cara untuk bakal guru mentakrifkan rasa identiti dan meningkatkan keyakinan diri dan semangat kekitaan. Apatah lagi,kebanyakan guru pelatih masih dalam peringkat umur remaja dan bakal dewasa jadi sememangnya mereka masih dalam proses mencari identiti diri. Disini dapatlah dilihat bahawa Hari Sukan itu membantu dalam perkembangan individu selain menolong ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan progresif.
Tambahan lagi, sememangnya dalam melibatkan diri dalam sukan, seseorang individu itu haruslah ada sikap berpasukan.Dalam setiap Kejohanan Olahraga pasti ada acara sukan yang melibatkan aktiviti berpasukan. Sokongan terhadap ahli kumpulan masing-masing juga amat diperlukan agar dapat menaikkan semangat. Dalam perkara ini, para guru pelatih dapat dilihat untuk bersama-sama berusaha untuk mecapai matlamat yang sama. Sikap berpasukan mengajar sikap sentiasa mahu mencuba yang terbaik dan menyokong rakan sepasukan.
Terlibatnya dalam Hari Sukan ini juga menuntut sesorang itu untuk sentiasa memaparkan sikap kesukanan yang baik kerana sikap buruk mencerminkan negatif kepada keseluruhan pasukan. Sekali lagi, nilai seperti berpekerti mulia, menjamin perkembangan individu, membentuk masyarakat bersatu-padu seperti mana di dalam Falsafah Pendidikan Guru dapat dilihat mampu dicapai melalui Hari Sukan. Lagi satu nilai yang dapat diterapkan dalam sesuatu individu melalui aktiviti sukan. Skil penyelesaian masalah juga boleh dipelajari melalui Hari Sukan. Bermain di dalam suatu pasukan boleh mengajar dua jenis penyelesaian masalah, iaitu yang pertama adalah strategi untuk menewaskan pihak lawan dan kedua adalah menyelesaikan konflik di dalam kalangan rakan sepasukan. Sebagai contohnya, seseorang itu membincangkan untuk mengambil pemain ganti yang  sepadan dengan kekuatan pasukan lawan. Dalam situasi ini,individu akan belajar untuk berkompromi dengan percanggahan pendapat dengan rakan sepasukan. Dia boleh belajar untuk berkomunikasi dengan pelbagai individu dari latar belakang yang berbeza yang dimana juga dapat melatih sikap sabar. Disini dapat dilihat Kejohanan Olahraga memberi peluang untuk para guru pelatih utuk berpandangan progresif dan saintifik selain melatih sifat displin dalam seseorang individu itu. Secara kesuluruhannya, sememangya aktiviti Hari Sukan dapat membantu merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Guru.
Aktiviti lain adalah gotong-royong. Gotong royong dapat didefinisikan sebagai kerjasama  beramai-ramai untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Setiap blok asrama sering menjalankan aktiviti gotong-royong agar blok asrama itu terpelihara keceriaannya dan juga kebersihannya. Sepertimana Hari Sukan, aktiviti gotong-royong juga mengalakkan interaksi antara individu. Ia, seperti mana disebut sebelum ini, dapat membantu dalam pemupukan semangat kekitaan dan jalinan ukhuwah yang lebih erat. Apabila banyak kerja yang harus dilakukan dan ramai orang bekerjasama, kita boleh berkongsi tugasan supaya setiap orang tidak perlu berbuat terlalu banyak kerja. Ini selain memupuk sikap tolong-menolong, ia juga mengeratkan silaturrahim. Dua perkara itu merupakan satu usaha untuk menjadi insan yang berpekerti mulia, kerana sememangnya membantu dan menjalinkan silaturrahim adalah antara contoh sifat mulia. Ini secara tidak langsung membantu dalam mereliasasikan Falsafah Pendidikan Guru kerana telah dituntut untuk guru berkelakuan sedemikian dalam falsafah tersebut. Matlamat juga dapat dicapai dengan lebih cepat kerana ramai orang yang bekerjasama antara satu sama lain. Tambahan lagi, dengan bekerja bersama-sama, kita akan dapat mendekati antara satu sama lain, sekali gus membina persaudaraan yang lebih baik. Ini adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru dimana tertulisnya akan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu. Selain itu, kita juga boleh mendapatkan pendapat daripada orang lain, dengan itu kita boleh memilih jalan yang terbaik bagi masalah. Ini adalah satu usaha untuk memperkembangkan diri lagi-lagi dari sudut emosi dan intelek. Kesimpulannya, sememangnya aktiviti gotong-royong itu dapat membantu dalam usaha untuk mencapai apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Seterusnya adalah sambutan Hari Etnik. Hari Etnik merupakan sambutan yang diadakan setiap tahun di IPG bagi memperkenalkan budaya-budaya dari negeri-negeri tertentu. Contohnya adalah Sabah dan Sarawak atau negeri-negeri utara seperti Kedah, Kelantan dan Perak. Pada Hari Etnik akan diadakan pameran-pameran yang membawa kita lebih dekat kepada budaya dari negeri lain seperti makanan setempat di sana, pakaian, pilihan alat musik dan lain-lain lagi. Antara perkara menarik yang dijalankan adalah tarian, permainan alat musik tertentu dan juga hidangan masakan yang lazat. Dengan adanya Hari Etnik ini, dapatlah para guru pelatih menambah dan memperluaskan ilmu pengetahuan mengenai budaya lain selain mengukuhkan ilmu yang sedia ada. Ia juga dapat merapatkan jurang yang mungkin tercipta di antara satu individu dengan satu individu yang lain dengan kefahaman yang lebih mendalam mengenai budaya masing-masing. Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru dimana bakal guru disahut untuk menyanjung warisan kebudayaan negara. Pada Hari Etnik juga diadakan pertandingan pameran terbaik dimana 3 hakim akan dibawa kepada setiap pameran untuk menilai setiap pameran agar dapat ditentukan pemenang. Maka dengan itu, sebelum Hari Etnik berlangsung telah dibuat persediaan yang sepatutnya agar pameran yang dibuat dapat menimbulkan rasa kagum dalam kalangan para hakim. Untuk mencapai itu juga haruslah memerlukan kerjasama yang banyak dari semua pihak. Sekali lagi dapat dilihat pemupukan ukhuwah dan nilai kerjasama, yang sememangnya selaras dengan apa yang diminta dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu-padu. Nilai disiplin juga dapat dilihat di dalam persediaan Hari Etnik ini kerana buat mereka yang terlibat dalam tayangan tari-tarian dan permainan alat musik, mereka perlu berlatih dengan konsisten agar dapat memberikan persembahan yang terbaik pada Hari Etnik kelak. Dengan ini, secara amnya, dapat diperakui di sini bahawa aktiviti Hari Etnik yang dijalankan dapat membantu ke arah pembentukan individu sepertimana yang dimahukan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Selain daripada itu, aktiviti lain adalah penyambutan Hari Kemerdekaan.  Hari Kemerdekaan disambut dengan meriahnya dalam kalangan para guru pelatih. Hal ini mungkin kerana semangat patriotik yang berjaya disemai apabila menyambut hari kemerdekaan. Penyambutan Hari Merdeka peringkat kebangsaan seringkali menjemput para guru pelatih untuk sama-sama menyertainya. Pada tahun 2011 contohnya, para guru pelatih diminta untuk sama-sama menyertai sambutan Hari Kemerdekaan dengan menjadi ahli dalam persembahan ‘Human LED’. Di situ, guru-guru pelatih dari seluruh semenanjung hadir. Di situ, berlakulah interaksi antara satu individu dengan satu individu yang lain yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza yang dimana membawa kepada pembetukan ukhuwah dan penjalinan silaturrahim yang erat. Secara tidak langsung, matlamat di dalam Falsafah Pendidikan Guru mengenai hasrat untuk pembentukan masyarakat yang bersatu-padu lebih senang untuk dicapai. Dalam membuat persediaan penyembahan itu juga, guru pelatih semua dikehendaki menjalani latihan intensif selama 9 hari. Di sini disiplin amatlah ditekankan, selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Seterusnya, dengan meraikan Hari Kemerdekaan, seseorang individu itu mengakui bahawa sesuatu yang positif yang telah berlaku. Atau dalam erti kata lain, memperakui bahawa negara kita telah berjaya membebaskan dari penjajahan penjajah. Acapkali kita lupa untuk bersyukur akan perkara ini serta lupa akan kejayaan yang pernah kita kecapi suatu ketika dahulu. Meraikan kejayaan  pembebasan negara ini akan dapat membantu para guru pelatih untuk mengingati kembali apa yang telah berlaku di dalam sejarah Malaysia selain mengambil teladan dari sejarah itu, dan menjadikan yang buruk sebagai pengajaran agar kejayaan yang lebih hebat lagi dapat dicapai. Ini adalah selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru dimana tertulisnya sebagai guru haruslah adanya sifat untuk menjunjung aspirasi negara. Di sini dapat disimpulkan bahawa aktiviti penyambutan Hari Kemerdekaan itu sememangnya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru.

Larian 1 Murid 1 Sukan juga merupakan beberapa aktiviti yang melibatkan para pelatih IPG, larian ini merupakan alternative mengamalkan gaya hidup sihat, melalui aktiviti ini semua para pensyaraf atau staff sokongan haruslah bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Larian ini akan melalui beberapa kawasan yang berhampiran IPG. Ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pensyarah, staff dengan para pelajar. Melalui FPG larian ini sekaligus Berjaya mencapai melahirkan guru yang sentiasa sihat dan cerdas.
Antara program lain ialah seperti sahur perdana, sahur perdana yang dijalankan oleh IPG ialah satu alternatif yang dapat membantu menyemai sikap hormat menghormati antara agama Islam dan agama lain, melalui program ini, pelajar yang bukan Islam juga dijemput agar dapat menikmati suasana bersahur bersama kaum Islam. Program ini membentuk pekerti mulia, menjamin perkembangan individu, melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan berdisiplin yang semua terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru.

No comments:

Post a Comment