Thursday 20 September 2012

BAHASA MELAYU PENGUCAPAN AWAM


1.0 PENGENALAN
Jika dahulu pengucapan awam ini dianggap sebagai satu bentuk hiburan dan ramai orang sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk mendengar ucapan pemidato-pemidato terkenal. Namun demikian, aspek tersebut dikaji sebagai suatu wadah yang berguna untuk menyampaikan sesuatu perutusan atau mesej kepada orang ramai.
Perutusan sebenarnya merupakan satu konsep yang penting untuk pengucapan awam. Perutusan ini boleh ditakrifkan sebagai suatu proses manusia menghantar dan menerima maklumat. Sebagai contoh, apabila dua manusia berkomunikasi secara lisan, mereka pastilah mendengar dan bercakap. Penghantaran dan penerimaan pelbagai maklumat ini menjadikan perutusan itu sesuatu yang dinamik dan dianggap sebagai satu proses.
Apabila kita berkomunikasi secara lisan, kita tidak hanya menerima maklumat melalui pendengaran malahan kita juga menerima maklumat melalui penglihatan terhadap gerak-geri dan tingkah laku orang lain. Maklumat kadangkala disebut mesej, iaitu sesuatu yang penyampai (perutus) mahu sampaikan kepada penerima. Dalam pengucapan awam, mesej sebenarnya ucapan.

2.0 TUGASAN 1
2.1 DEFINISI PENGUCAPAN AWAM

Dilakukan dalam situasi yang terancang.
Sebelum ini dikenali sebagai pidato umum.
Menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
 
Abdul Mua’ti Ahmad (1994) – Panduan Pengucapan Awam.
“Pengucapan umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal.”
PENGUCAPAN
AWAM
                         
Satu kaedah komunikasi secara lisan.
Tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.

2.2 CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM

Berlaku di tempat awam.
CIRI-CIRI PENGUCAPAN UMUM..
Melibatkan bilangan sasaran yang ramai.
 
CIRI-CIRI PENGUCAPAN TERBAHAGI KEPADA 2 KUMPULAN:
BAIK
ü  Berpengetahuan
·         Berpengetahuan luas.
·         Menguasai bidang
ü  Berkeyakinan
·         Yakin pada diri, persediaan dan penguasaan topik.
ü  Berkemahiran berucap
·         Berupaya untuk mengawal dan menarik perhatian audien.
ü  Peribadi / perwatakan baik
·         Penilaian audien adalah dari segi pemakaian, cara jalan ke tempat pengucapan dan gerak-geri fizikal yang lain.

TIDAK BAIK
ü  Seronok sendiri
·         Tidak berupaya menarik dan mengawal audien.
ü  Peribadi / perwatakan yang tidak baik
·         Bahasa tubuh yang digunakan tidak sesuai dengan pengucapan yang diberikan.
ü  Kurang keyakinan
·         Tidak mempunyai persediaan yang cukup.
ü  Kurang pengetahuan
·         Pengetahuan mengenai topik tersebut terbatas.



2.3 STRATEGI PENGUCAPAN AWAM
·         Antara strategi penyediaan dan persembahan pengucapan awam yang berkesan ialah:
Menyampaikan ucapan.
Mengawal gugup.
Merancang pengenalan.
Menyusun bahan.
Mengumpul bahan.
Menganalisis diri.
Berlatih.
Merancang penutup.

TUGASAN KEDUA
3.0 TEKS UCAPAN PERPADUAN
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN SEKOLAH
Terima kasih pengerusi majlis.
Yang dihormati,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok,  En Sukri Bin Deraman, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Pn NorRuda Bt Sulaiman, Guru Penolong  Kanan Kokurikulum, Pn Kamariah Bt Hj Samsuddin, guru- guru dan para  pelajar yang dihormati sekalian.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi kita bersama dalam majlis perhimpunan rasmi yang bertemakan perpaduan dikalangan para pelajar. Teks ucapan yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah bertajuk ‘ Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar’’.
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan pelajar sekolah selaras dengan Konsep 1 Malaysia.
Hadirin Dan hadirat seklalian,
Seperti yang kita sedia maklum , Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib adalah satu cara menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan sekolah dan telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang selaras dari segi penggunaab  bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Di sini dapat kita lihat bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu disekolah dapat memberi kefahaman kepada para pelajar dan tidak menimbulkan salah faham antara para pelajar.
Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik. Memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara pelajar juga adalah sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Disamping itu perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh sekolah haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pelajar.. Seseorang pelajar haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah dan sikap tidak mengambil peduli terhadap kaum lain hendaklah dihindari. Guru-guru harus sentiasa menunjukkan contoh yang baik terhadap para pelajar dan membuat aktiviti menarik di dalam kelas yang melibatkan para pelajar seperti teka teki, permainan tradisional kaum masing-masing dan pertandingan bercerita.

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini para pelajar lah yang harus ketengahkan agar lahir sebagai generasi yang mementingkan sikap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sekian itu sahaja daripada saya, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke -55.





No comments:

Post a Comment